Followers

Thursday, April 7, 2011

Nasi Arab, The new attraction coming in town Bandar Baru Nilai


   Deman nasi arab sedang melanda di sekitar Lembah Kelang termasuk Nilai dan Senawang N. Sembilan. Semua nak jual nasi arab. Nak cari yang ori masalah sikit.Kena jalan2 survey dulu. Dekat food court di LCCT berhampiran dengan Maybank ada satu kios jual nasi arab yaman.Rasanya dalam kategori boleh tahan.
,tapi harganya yang tak boleh tahan.
   Food court di luar pintu masuk kuartes UNITEN pon ada juga jual nasi arab,tapi belum cuba lagi.nak cari dana dulu. Bandar Baru Nilai pun dah buka satu restauran nasi arab. Kaean dah pergi cuba satu famili,diner. Macam dalam gambar kat atas. Itu untuk lima orang punya portion. Tapi tak habis makan sebab banyak sangat, lebih elok pesan untuk 3 orang makan, sesuai untuk orang malaysia. Dekorasi kedai boleh tahan. Harganya kena tunggu time gaji, baru boleh pergi makan. Tepuk dada tanya selera dan jangan lupa tanyalah bajet sekali.
salam.

3 comments:

  1. Salam, ada satu kedai nasi arab di bangi. Dekat kedai perabot berhampiran hentian kajang. Rasa boleh tahan, harga pun agak berpatutan berbanding kedai nasi arab kat Cyberjaya. saya minat nasi arab ni, tgh cr resipi nak buat. hehe

    ReplyDelete