Followers

Monday, April 25, 2011

IKAN BAKAR NASI BUNGKUS TELOK CEMPEDAK , KUANTAN, PAHANG


   Minggu lepas kawan pergi Kuantan, ada urusan kat UIA Indra Mahkota. Sampai pukul 11 00 pagi, selesai urusan dalam masa 2 jam, kawan pun pergi usha kat kuantan dan terus ke Telok Cempedak, punyalah lama kawan tak pergi Telok Cempedak, seingat kawan last pergi 1986. dah banyak perubahan kat situ, ada MC D dan KFC kat tepi beach tu, kira santai dan open air,
   Kawan tabik kat orang Telok Cempedak , persekitarannya punyalah bersih, ada klas. Gerai makan pun bersih, prasarana pun tersusun, well done MPK. Kalau nak di bandingkan dengan suasana kat Port Dickson, awal-awal lagi PD angkat kaki, semak perut, semak mata memandang dan semak segalanya, dengan kedai huru hara , kotor, dengan khemah kat sepanjang pantai, macam uptown kat pantai pulak. Kalau tak caya, jeguk-jengoklah kat area Telok Kemang. Forget it.

    Kawan sempat makan tengah hari kat TC, gerai ikan bakar nasi kukus, sedap rasanya, sos pun ok, ikan pari pun ok, harganya pun ok, RM 6.00 per pax. Jemputlah datang ke Pantai Telok Cempedak.

Wednesday, April 20, 2011

GULAI SOTONG KERISEK KAMPUNG PONDOK



Selalu gulai kalau di masak guna ayam, daging, kambing, ikan dan kepala ikan. Apa kata kalau kita tukar selera dengan masak gulai sotong pula. Di makan pula dengan nasi yg sedikit lembik, ada pula sambal belacan berulamkan kacang botol ( org kedah panggil kacang kelisa ).
  Di Nogori Sembilan ni tak dapek nak cari gulai sotong nih. Susah bonar. Apa kata kita masak gulai sotong sendiri kat rumah.
  Bahan-bahannya sama saja macam nak buat kari ikan. Tumis bawang mau lebih sikit. Daun kari jangan lupa, ais asam dan sebagainya. Untuk aksesorinya cuma tambahkan kacang panjang dan terung. Beli sotong yg besar sikit, lepas tu, sotong tu potong dua saja, nampak besar sikit, kuahnya biar cair sikit. Ok dah siap


                                               DAUN KARI ( KARIPOLAY)

Thursday, April 14, 2011

MAKAN-MAKAN DI RESTORAN ARAB MAKKATUL MUKARRAMAH. ORI PUNYA



     Makan malam di restoran arab di Mekah sewaktu bertugas dengan tabung haji 2006. Di sponsor oleh Mr. Zulkhairi ( PR SAUDI ). Nasi rasmandi ( nasi susu ) yang di masak bersama 3/4 kamping, Rasanya memang sedap sampai naik pening kepala. Tiada kerusi, tiada pinggan, cuma pepsi dan plastik alas sebagai pinggan.
     
     Buat rakan- rakan setugas dalam gambar, apa habaq semua? Khalid, Najib, Nor Haslan dan vendor TH

ZulKhairi dan Salleh. Satu pengalaman yang sukar di cari, mental dan fizikal, material terhad, kejar masa, komplen tak sedap ? dan macam2 lagi. Alah bisa tegal biasa, sempurna juga misi dan dapat buat ibadat haji.
Berbaloi juga kawan ambik cuti tanpa gaji 3 bulan. Elaun TH bayar pun boleh tahan.Wassalam

KUIH QASIDAH RESEPI IBUNDA TRADISI KEDAH


     Kuih qasidah ini di buat di tempat kerja untuk jamu kawan-kawan yang tak pernah makan,kenal,tengok dan sebagainya. Bila makan kuih ni, teringat zaman bebudak di bulan puasa, juadah ni emak kawan selalu buat, sedap, secukup rasa, dengan bawang goreng campur minyak sapi, aromanya menyelerakan, pada hal bahan-bahannya cukup asas, kalau zaman jepun dulu pun boleh buat. Kira ilmu ni kawan warisi dari mak kawan, tapi yang master buat qasidah ni, kakak kawan yg no.2. Perfect.
   

     Sebenarnya kawan pun tak tahu dari mana datangnya nama Qasidah tu. Mungkin nama orang yang mula membuatnya, atau pun ia di hidangkan sewaktu majlis berqasidah. Nanti kawan tanya emak kawan. Kalau hidang untuk Business Class kapal terbang ok apa.

Resepi kuih Qasidah.

400 gm.......... tepung gandum
1 liter..............air
150 gm...........gula
4 ulas..............bawang merah
Minyak sapi......untuk goreng bawang
Sedikit garam

Cara membuat
1. Bancuh tepung bersama air dan gula, kacau sehingga sebati.
2. Panaskan bahan tadi dengan api yang sederhana dan kacau sentiasa ( takut hangit )
3. Kacau selalu sehingga 20 minit. macam buat puding jagung.
4. Bila adunan tadi dah berkilat dan tak melekat di tangan, dah masak la tu, boleh di angkat.
5. Tuang adunan dalam bekas yang nipis dan biar sehingga sejuk.
6. Goreng bawang dengan minyak sapi sehingga keperangan, tapis minyak dan taburkan di atas qasidah tadi

     Selamat mencuba

Wednesday, April 13, 2011

KUIH JAWA ? APA NAMANYA....... MACAM PERNAH KU LIHAT... DI MANA YA?


Dah lama tak tengok kuih ni. Dulu kat pasar malam Sg. Petani yg lama ada jual kuih ni. Namanya tak pasti, orang cakap kuih jawa. Kawan tak pernah makan pun. Sekarang ni tak pernah jumpa dah. Kuih ni sepupu kawan makan kat UUM Sintok, Kedah. Nanti kawan tanya member jaya kawan.

Monday, April 11, 2011

Sejarah Madu Lebah...... Informasi




Sejak berjuta tahun dahulu, Yaman terkenal kerana madunya yang sangat baik dan berkualitas. ‘Erathostenes’ seorang sejarawan, berkata Yaman adalah satu kawasan yang amat subur dan mempunyai tempat-tempat yang sangat sesuai untuk penghasilan madu kerana terdapat pohon ‘Sidr’ dan ‘Sumur’. Madu yang dianggap paling baik adalah yang dikeluarkan dari bunga ‘Sidr’ (Ziziphus Spina Christi, L.Willd) dan ‘Sumur’ (Acacia Tortillis, Forsk. Hayne).
Penternakan lebah telah berkembang luas di lembah-lembah di Timur Yaman sebelum kedatangan Islam lagi. Buktinya dapat dilihat dari lukisan-lukisan di atas batu yang masih terdapat di kawasan itu. Antara gambar yang dapat dilihat dari lukisan ini ialah sekumpulan lebah sedang berterbangan. Dari gambar ini, dapat diterjemahkan bahawa sejak dahulu lagi, penduduk Yaman telah menternak lebah dan pada ketika itu, madu yang terhasil dinilaikan sebagai suatu yang amat berharga dan oleh kerana itulah mereka melukis gambar-gambar ini.
Al-Hamdani seorang sejarawan arab memberitahu, lereng-lereng gunung Hinwam, satu daerah yang didiami oleh puak Ahnum (Hamdan) adalah antara kawasan bumi Allah yang terkaya dengan lebah dan madu. Seorang penternak sahaja boleh memiliki sehingga lima puluh Jibh (sarang lebah) atau lebih.

Malangnya tidak ada maklumat khusus mengenai madu Yaman yang diberikan oleh Yusuf bin Omar.Catatan sejarah pada zaman Rasul walaupun tidak menyebut lebah telah mencatatkan hari-hari yang terbaik untuk mengumpul pelbagai jenis madu Yaman.

Menurut seorang sejarawan Mesir al-Maqrizi (meninggal pada 1441H) yang juga merupakan seorang pengarang beberapa perjanjian Arab mengenai penternakan lebah, menyatakan bahawa seluruh Yaman merupakan bumi lebah.Lebah Yaman berbeza dengan lebah dari luar.

Lebah Yaman diklasifikasikan sebagai ‘APIS MELLIFERA YEMENITICA’. Lebah-lebah Yaman ini tidak agresif dan mempunyai saiz badan yang lebih kecil berbanding dengan lebah Eropah, ‘APIS MELLIFERA EROPAH’ yang menzahirkan belang-belang kelabu pada bahagian badan. Ciri-ciri lebah Yaman ini menjadikannya sesuai dengan iklim di negara itu sehinggakan dari tinjauan yang dibuat mendapati lebah-lebah Yaman ini tidak terkena penyakit. Teknik-teknik penternakan lebah dan pengeluaran madu di sini sebahagian besarnya masih lagi menggunakan cara tradisional walaupun telah banyak negara-negara pengeluar madu menggunakan cara yang moden. Ini adalah kerana cara moden menyebabkan banyak khasiat-khasiat semulajadi, khasiat-khasiat perubatan dan lain-lain luput dari madu tersebut.

Sekumpulan lebah di Wadi Dau’an ditangkap untuk dikenal pasti dan dipilih ratu-ratu lebah tersebut. Kemudian, setiap seekor dari ratu tersebut akan diletakkan di dalam sebuah kotak kecil yang dibuat khas untuk ratu lebah tersebut. Kotak itu kemudiannya akan dimasukkan ke dalam satu tikar anyaman. Di dalam tikar tersebut terdapat rotan yang dibentuk mengikut bentuk sarang lebah dan ditutup di salah satu penghujungnya. Lebah-lebah pekerja yang lain kemudian akan mengikut ratu masing-masing masuk ke dalam sarang buatan yang tersedia itu.-W.H.Ingrams, ‘Tradistional Bee-Keeping in Wadi Dau’an’, Man 37 (1937), 32.

Pada asasnya, terdapat tiga jenis sarang lebah tradisional iaitu khaliyya (batang kayu yang kosong ditengah), jamak (sarang daripada tanah) dan khalaya (sarang daripada bakul rotan). Sarang-sarang ini ditutup pada setiap penghujungnya. Kemudian lubang dibuat bagi memudahkan lebah-lebah tersebut keluar masuk.

Terdapat dua cara penternakan lebah yang diamalkan di sini. Yang pertama penternakan setempat dan yang kedua ialah penternakan berpidah-randah. Penternakan setempat dilakukan dengan cara sarang-sarang lebah diletakkan samada di atas tanah atau di atas bumbung-bumbung rumah. Manakala penternakan pindah-randah yang banyak terdapat di kawasan timur menggunakn sarang berasaskan kayu. Sarang kayu lebih kuat dan stabil dan digunakan agar lebah tidak terganggu apabila diangkut dari satu lembah ke satu lembah di atas lori kecil. Dahulu unta-unta digunakan sebagai pengangkutan, madu yang terhasil diisi di dalam kulit-kulit kambing dan disimpan di dalam labu. Apabila sarang lebah tersebut telah dipenuhi dengan madu, penternak akan memotong isi sarang itu dengan pisau. Sedikit madu ditinggalkan di dalam sarang bagi memenuhi keperluan lebah pada musim kemarau.

Penternak di daerah Zabid memiliki dua hingga tiga sarang setiap keluarga berbeza dengan penternak-pentenak lebah professional di lembah-lembah selatan Wadi Hadramaut yang mempunyai hingga seratus unit setiap keluarga.

Di Yaman, madu telah digunakan untuk meletakkan satu cap mohor ke atas penyelesaian perbalahan dan cagaran dalam membuat perjanjian-perjanjian antara ahli-ahli kabilah. Memiliki madu yang dihasilkan di tempat sendiri merupakan satu simbol status kerana penduduk Yaman berbangga dengan kualiti madu mereka yang baik. Pada zaman Yaman moden pula, penduduk di sini menghidangkan madu kepada para tetamu yang bertandang ke rumah mereka. Madu juga selalu dihidangkan dalam jamuan-jamuan dan keramaian. Madu dicampur dengan telur dianggap penting untuk kesuburan dan kekuatan fizikal. Oleh kerana itu ia diberikan kepada pengantin-pengantin lelaki dan juga kepada kanak-kanak lelaki yang berkhatan.

Kaedah perubatan tradisi Yaman menyampurkan madu dengan mentega cair untuk diberikan kepada ibu-ibu sebaik sahaja selepas bersalin. Madu juga digunakan secara meluas dalam menghasilkan ubat-ubatan tradisional. Contohnya seperti madu dicampurkan dengan labu pahit kemenyan menjadi penawar mujarab bagi sembelit, madu dicampurkan dengan biji lobak menjadi penguat tenaga batin, madu dicampurkan dengan hiltit (sejenis perekat perubatan Asa Feotida) dapat membantu melancarkan perjalanan haid dan dengan beberapa jenis tumbuhan ia boleh merawat penyakit gila babi.

Rasa madu Yaman berbeza dengan rasa madu yang diimport dari negara lain. Madu Yaman juga dapat dibezakan dan juga dikenal pasti asal daerahnya dari warna dan bau. Darjah kelembapan dan kepekatan ekoran darin peratusan air adalah sangat penting dalam menentukan gred sesuatu jenis madu itu.
sumber dari http://rusyd-alberlisi.blogspot.com/2008/05/madu-yaman-diiktiraf-sebagai-madu.html

Sunday, April 10, 2011

BBQ KEBAB DAGING + BBQ SOS


     Kalau dah jemu makan tom yam, roti tempayan ayam tandoori atau yang seangkatan dengannya, apa kata kalau kita mencuba sesuatu yang tidak melibatkan nasi.Cubalah kebab daging ala arab ka, ala western ka atau ala melayu, fizikalnya tetap sama, cuma berlainan rasa.
     Kalau mahu mencuba kebab, ianya boleh didapati hanya di restoran arab di sekitar lembah Kelang. Kebab ayam atau shesk kebab pun sedap juga. Belum cuba, belum tahu. Apa tunggu lagi.



HOME MADE ROSTI POTATO UNTUK SARAOAN




Rosti potato adalah salah satu makanan sarapan pagi ala western yang di makan bersama sarapan yang berasaskan telur. Sama ada di goring atau di grill, boleh saja. Sangat mudah untuk membuatnya.
 
Resepi Rosti Potato

400 gm-------- Ubi kentang
 Garam-------- Secukup rasa
  Lada putih---- Secukup rasa

 Cara membuat.

 1. Kupas ubi kentang sehingga bersih.
 2. Parut ubi kentang berbentuk jejari yang halus dan randam di dalam air.
 3. Tapis ubi kentang sehingga kering air rendaman.
 4. Kukus atau rendam ubi kentang di dalam air panas sehingga separuh masak.
 5. Tapis ubi sehingga kering air rebusan.
 6. Gaulkan garam dan lada bersama ubi tadi
 7. Bentukkan ubi menjadi bulat dan leper ( 40 GM )
 8. Grill ubi dengan sedikit minyak sehingga keperangan atas dan di bawah.

       Dah siap, Selamat Mencuba.

Friday, April 8, 2011

My work place, Inflight-Catering, KLIA

With our modern facility at KLIA, encompassing an area of 5,500 sq.m, we are capable of serving 300,000 meals per year.

Designed to provide maximum capability with the optimal use of space, our In-Flight Catering facility incorporates the latest innovations in the construction and food manufacturing industries.

Built on a single level concept, we are able to maximise production capability and form a positive flow for food and equipment throughout the entire production process.

A definite "Cold Chain" has been included in the facility design to ensure the integrity of food products during preparation, production and assembly processes.

Our facility conforms to the requirement of HACCP and ISO9000 standards, and are guaranteed HALAL.

Our services comprises
  • Bonded stores
  • Equipment storages
  • Dish Washing



 
The foods are carefully prepared chosen from exquisite Asian and Continental delicacies fit for the Gourmet.
  • 100% Satisfation Guarantee.
  • A Holistic Food Experience.
  • Best Choice and Value.
  • Local Food to Remember.

Master Chef Malaysia

Master Chef Malaysia

Another Arabic Food from Saba Restauran, Cyberjaya


     Makan malam di Saba Restauran Cyberjaya, yang bungkus aluminium ialah lamb, roti arab makan dengan ayam hanith,sedap rasanya, aromatic. Teringat masa makan kat restoran Pakistan di Mekah masa bertugas di sana. Restaurannya terletak di underground, punyalah berbahang.Roti arab percuma, tapi dia punya lauk mahal beb. Menu dia dalam bahasa Malaysia, power tu Malaysia kat Mekah, Malaysia boleh.

Thursday, April 7, 2011

Nasi Arab, The new attraction coming in town Bandar Baru Nilai


   Deman nasi arab sedang melanda di sekitar Lembah Kelang termasuk Nilai dan Senawang N. Sembilan. Semua nak jual nasi arab. Nak cari yang ori masalah sikit.Kena jalan2 survey dulu. Dekat food court di LCCT berhampiran dengan Maybank ada satu kios jual nasi arab yaman.Rasanya dalam kategori boleh tahan.
,tapi harganya yang tak boleh tahan.
   Food court di luar pintu masuk kuartes UNITEN pon ada juga jual nasi arab,tapi belum cuba lagi.nak cari dana dulu. Bandar Baru Nilai pun dah buka satu restauran nasi arab. Kaean dah pergi cuba satu famili,diner. Macam dalam gambar kat atas. Itu untuk lima orang punya portion. Tapi tak habis makan sebab banyak sangat, lebih elok pesan untuk 3 orang makan, sesuai untuk orang malaysia. Dekorasi kedai boleh tahan. Harganya kena tunggu time gaji, baru boleh pergi makan. Tepuk dada tanya selera dan jangan lupa tanyalah bajet sekali.
salam.