Followers

Sunday, July 31, 2011

GULAI TULANG RAWAN KAMBING PAK NDAK


     Salam ukhuwah semua dan selamat memulakan ibadah puasa dengan penuh keberkatan, pagi tadi sahur bukan main selera betul, walaupun juadah yang di panaskan semula, saya sanggup ambil cuti untuk meraikan ramadhanbersama keluarga.
     Dalam bulan puasa begini n3 tetap beroperasi seperti biasa. Kali ini kita masak tulang rawan atau tulang rusuk kambing, rasa kambing sedap kalau kena dengan resepinya. Ramuannya biar tepat. Mari kita tengok resepinya.

    Resepi;

    1. Tulang rawan kambing--------------------- 1 kg
    2. Santan kelapa cair-------------------------- 3 cawan
    3. Santan pekat--------------------------------- 1 cawan
    4. Serbuk kari----------------------------------- 3 sudu makan
    5. Bawang besar-------------------------------- 3 biji } 2 biji mesin/ 1 biji potong 4
    6. Bawang putih-------------------------------- 3 ulas} mesin
    7. Halia------------------------------------------ 1/2 inci} mesin
    8. Jintan putih biji------------------------------ 1 sudu teh
     9. Ubi kentang----------------------------------- 2 biji } potong 4
    10. Kerisek---------------------------------------- 2 sudu makan
    11. Air asam jawa-------------------------------- 1/2 cawan

    Cara membuatnya;
     1. Rebus tulang rawan kambing sehingga lembut.
     2. Bila kambing dah lembut, biarkan dalam periuk.
     3. Gunakan kuali lain untuk menumis jintan, bahan yang di mesin.
     4. Apabila bawang tumisan dah wangi, masukkan rempah kari, kacau          sehingga rempah kari naik minyak.
     5.Masukkan bahan tumisan tadi kedalam rebusan kambing tadi bersama dengan ubi kentang dan santan cair.
     6. Apabila ubi kentang dah lembut masukkan santan pekat, air asam dan bahan perasa.
     7. Masukkan bawang yang di potong 4 dan hirisan cili merah dan hijau.


    Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa.
     

Saturday, July 30, 2011

SELAMAT BERPUASA RAMADAN AL MUBARAK

Eid: Celebration for the Young and Old

by Mohamed Osama

First US Postal Eid Stamp to be released to the public in October 2001
     The word Eid is an Arabic name that means a festivity, a celebration, a recurring happiness, and a feast. In Islam, there are two major Eids namely "Eid al-Fitr" (Festival of Breaking the Fast) celebrating the end of Ramadan and "Eid al-Adha" (Festival of Sacrifice) which coincides with the Hajj and commemorates prophet Abraham’s sacrifice of a sheep in place of prophet Ishmael.

     Eid al-Fitr is celebrated by Muslims after fasting the month of Ramadan as a matter of thanks and gratitude to Almighty Allah. It takes place on the first day of Shawwal, the tenth month of the lunar calendar (1). Eid al-Fitr is a happy celebration with new clothes, gifts, and plenty of good food. Though technically, Eid al-Fitr is one day, Eid festivities usually last three days in Egypt with vacations for schools, universities and government offices. Some stores and restaurants are closed during Eid, too.

     The Eid day starts with a small snack followed by Eid Prayers (Salat al-Eid) in congregation attended by men, women and children. Afterwards neighbors, friends and relatives start greeting each other. The most common greeting is "Eid Mubarak" (Have a blessed Eid). Children are normally given gifts, which traditionally are new clothes to wear throughout the Eid. Also, women (particularly mothers, wives, sisters and daughters) are commonly given special gifts by their loved ones.

 By; Tour Egypt

RESTORAN ASAM PEDAS MUAR ABANG LONG; SEDAP EK!

      Salam ukhuwah, salam hari ahad, hari sure pasar tani bersesk-sesak orang nak beli barang keperluan sebagai persediaan menyambut puasa, beli-beli juga, jimat cermat jangan lupa, elakkan pembaziran.
     Kali ni nak cerita pasal tempat makan yang baru di buka di jalan Salak Lama, berdekatan dengan Pejabat Kesihatan Salak Tinggi, Sepang , Selangor. Baru di buka, hari tu singgah sebab nak try asam pedas yang ori punya, Orang ramai juga, mesti sedap nih, restorannya bersih, dekorasinya cantik dan menarik, saya suka design kipas angin dia, unik sikit.
     So, mari kita tengok apa yang Abang Long ( tuan punya restoran ) hidangkan, Abang Long peramah orangnya dan menyapa tetamu dari meja ke meja. Good job.

 
 

      Ini adalah set yang saya pesan, set ini untuk sorang makan, ada nasi putih, asam pedas ikan pari panas-panas sebab ada api di bawah, ada ulam jering, ulam raja, ulam daun burung bertenggek ? dan sam tempoyak yang sedap dan pedas, berpeluh-peluh di buatnya, iakn masin pun ada.


 

                                        
                                                        Asam pedas ikan pari






                                            Ulam-ulaman dan sambal tempoyak                           




                                           Abang Long sedang melayan tetamu.
                                                     Selamat maju jaya Abang Long            

BEGEDIL TAUHU DAN AYAM

    
       Salam ukhuwah semua, dah banyak hari tak entri, bukan apa, kay tempat kerja sibuk sikit hujung-hujung bulan nih, macam-macam nak buat, tangan ada dua saja, kelam kabut jadinya.
       Kali ini kita nak buat juadah sampingan, selalunya orang buat begedil guna ubi kentang sebagai bahan asasnya, tapi kali ini kita buat guna tauhu dan isi ayam cincang. Mari kita belek-belek resepi;

      Resepi;
  
    1. Tauhu putih--------------- 5 ketul ( ramas dan hancurkan )
    2. Isi ayam------------------- 1 ketul dada ayam yang di cincang.
    3. Daun bawang atau daun sup------- 1 tangkai ( potong halus )
    4. Cili merah-------------------- 1 biji ( potong halus )
    5. Lada hitam------------------ 1 sudu teh ( di hancurkan )
    6. Telur ayam----------------- 2 biji telur ( asingkan telur merah dan putih, telur merah di masukkan ke dalam adunan tauhu, telur putih di gunakan  sebagai bahan celupan untuk menngoreng begedil )
    7. Garam secukup rasa.


       Cara membuatnya;




                                          1. Tauhu yang di hancurkan



                                            2. Campurkan cili, daun bawang, telur
                                                 merah, isi ayam, lada hitam, bawang 
                                                 goreng.

 
                                     3. Gaul semua adunan tadi sehingga sebati.                           


    
                                        4. Bentukkan adunan tauhu mengikut
                                             citarasa masing-masing. Celupkan begedil 
                                             ke dalam telur putih dan goreng kan begedil
                                            sehingga masak dan keperangan.
                                                 
                                                          Selamat mencuba

                        
     .

Wednesday, July 27, 2011

PROMOSI KITCHEN ARTIST; FRUIT CARVING UNTUK MEJA PENGANTIN

                                 KITCHEN ARTIST DAN FRUIT CARVING EXPERT
                                                                CHEF NOR HAIRIM

     Salam ukhuwah semua, ramadan akan menjelma, bersiap sedia menyambutnya, kali ini n3 saya tidak ada juadah atau pun resepi, tapi masih bersangkut paut dengan masakan juga, Setiapkali ada majlis perkahwinan, meja pengantin adalah tumpuan utama, Semua nak cantik dan sempurna, makanannya, hiasannya, cara hidangannya dan macam-macam lagi.
     Kawan seperjuangan saya Chef Hairim adalah pakar dalam hal mengenai meja pengantin. Siap sedia berkhidmat, perlu tempah awal, nanti melepas, Disini saya tunjukkan hasil buah tangan Chef Hairim.

        
    Ini adalah meja utama pengantin, hasil kreativiti chef Hairim, Chef hairim juga memasak dan membuat konsep hidangan yang di ingini.

     
     Gubahan buah-buahan untuk meja pengantin hasil kreativiti Chef Hairim. Apa macam, mengancam dan penuh seni.Bravo Chef Hairim.

      
    Salah satu dari gubahan masakan udang menggunakan labu berbentuk swan. Menyelerakan dan menarik.


                                          Susunan meja pengantin yang ekslusif.


     Chef Hairim menyediakan juadah untuk meja pengantin. Kalau berminat untuk mendapatkan sentuhan Chef Hairim, Tunggu di n3 yang akan datang. SENI ITU INDAH.










                                                                          Buah tembikai( bunga teratai )



                                     Gubahan untuk Island table ( meja tengah )


                                          Gubahan untuk Buffet Table


                                                    Buah tembikai ( mix flower )


                                                             Papaya flower


                                                         Papaya flower


     Itulah sebahagian dari hasil kreativiti Chef Hairim untuk hiasan meja pengantin ataupun lain-lain majlis keramaian. Ok, wassalam.

   p/s Kredit untuk Chef Hairim.

Monday, July 25, 2011

SARAPAN PAGI ; OMMELETTE YANG TEMBAM

    
     Salam ukhuwah, salam hari selasa, kali ini n3 bersambung dengan juadah untuk sarapan pagi lagi, simple saja, tapi saya akan tunjukkan teknik yang betul untuk membuat ommelete yang tembam dan lembut.
     Untukuk membuat ommelete yang cantik, pastikan kualinya bersih dan licin permukaannya, seeloknya gunakan pan yang leper dan tak melekat, saiznyz tidak terlalu besar, nanti senang nak lipat.
      Saya akan tunjukkan langkah demi langkah untuk buat ommelete yang tembam.
    
                                                                    Step  1    
     
    Untuk 1 portion hidangan,gunakan 2 biji telur, pukul telur bersama sedikit garam dan susu segar( <> 2 sudu makan susu segar ),pukul hingga sebati, panaskan pan dan masukkansedikit minyak, tuang telur kedalam pan.

                                              
                                                               Step 2
         

          Apabila telur sudah dimasukkan dalam pan( pastikan api yang sederhana ) goyang kuali ke kiri dan kanan supaya telur masak dengan rata, tapi pastikan telur tersebut tidak overcook.


                                                                    Step 3
             
    Setelah telur kelihatan sudah separuh masak, gunakan senduk kayu yang kecil atau sudu makan untuk melipat telur, ok, lipat telur di bahagian kanan dahulu dari sebahagian telur tersebut, macam dalam gambar.


                                                                   Step 4
      

       Setelah lipat bahagian kanan, lipat pula di bahagian kiri telur, dan akan kelihatan bentuk bujur pada bahagian atas telur ( pastikan tindakan anda pantas dan cepat sebab telur sangat cepat masak, takut nanti keras, susah nak lipat ).

                                                                    Step 5
   

      Setelah bahagian kiri dan kanan telur telah di lipat, proses seterusnya, bahagian bujur telur dilipat ke bahagian bawah telur dan hasilnya seperti bentuk HalfMoon, biarkan sekejap dan siap untuk di makan, boleh ikut ke? rasa macam simple je.

    P/s, 
    Dari pengalaman saya yang otai ni, saya dapat menyediakan ommelete ( 100gm setiap satu ) sebanyak 33 biji dalam masa 15 minit ( medium rare ommelete ). Betul ke ni ? Who care ? Tq dan selamat makan telur.

Sunday, July 24, 2011

SARAPAN PAGI: FRENCH TOAST BERINTI KEPINGAN CHEESE DAN AYAM


       Salam ukhuwah semua, hari isnin yang terang benderang, matahari memancarkan cahaya menyambut ketibaan bulan keberkatan, n3 kali ini kita buat breakfast pulak, breakfast orang putih, French toast namanya, satu masakan yang simple dan menyihatkan. French toast ini terkenal di bistro dan restoran hotel.
      French toast ada banyak version, tapi asasnya mestilah roti. Kali ini, macam dalam gambar di atas saya gunakan roti benggali atau roti bantal yang di potong sendiri, ikut selera kita. mari kita tengok resepi.
      
     Resepi
   
     1. Roti putih----------------- satu biji( yang belum di potong )
     2.Telur ayam--------------- 3 biji ( di pukul dengan garam dan serbuk buah pala )
     3. Kepingan cheese kraf--- ikut jumlah roti( satu portion = 1 keping cheese )
     4. Kepingan isi ayam ( chicken toast )--- ikut jumlah roti.
     5. Butter-------------------- 3 sudu besar ( untuk grill roti )


     Cara membuatnya;
    
    1. Potong roti setebal 1/2 inci ( 1 portion menggunakan 2 keping roti )
    2.Pukul telur sehingga rata bersama dengan sedikit garam dan serbuk buah pala.
    3. Sapu roti dengan butter pada 2 keping roti.
    4. Letakkan cheese dan kepingan ayam pada 1 keping roti sahaja ( macam buat sandwich ) dan tutup dengan  keping roti lagi.
    5. Celup kepingan roti tadi ke dalam telur dan grill menggunakan butter dan api yang perlahan.
    6. Pusingkan roti atas dan bawah agar masak di semua bahagian roti.
        Makan panas-panas baru ngam.

Saturday, July 23, 2011

SANTAI MASAK NASI ARAB BERLAPIS, REUNION MAKKAH 2006


    Salam sejahtera para pencari resepi dan blogger-blogger hebat. Pada petang jumaat sambil lepak bersama member, borak cerita lama masa bertugas di Maakah, teringat nasi arab makkah yang sangat enak. Member Chef nizam bagi idea, kita buat nasi arab lauk berlapis, orait juga, cantek, maka mulalah pergi cari bahan. Sebenarnya tak susah, beli beras basmati jenama pusa( lebih besar dan panjang dari beras basmati biasa ), Rebus air bersama dengan bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga dan garam, kalau ada daun lada hitam lagi bagus, ada aroma arab.Air mendidih masukkan beras, biar sekejap dan kacau, apabila nasi hampir masak, tapis air nasi dan biarkan nasi didalam bekas penapis.
    Langkah demi langkah penyediaan nasi arab berlapis;
    
     
                                          Ayam makhboush
  
    Langkah pertama kena masak dulu bahan utama untuk di jadikan lapisan diantara nasi, tak kisah masakan ayam beriani ka, ayam kuzi ka, ikut selera, dalam gambar di atas ialah masakan arab juga, namanya ayam makhbous, yang menggunakan rempah jintan serbuk, ketumbar, tomato paste dan yogart, ianya sedikit masam.
                                                                           1
                                                      Nasi rebus yang di tapis


     Masukkan nasi tapis kedalam periuk berlapikkan daun pisang supaya nasi tidak berkerak( gunakan periuk yang lebar ),sebagai lapisan pertama.


                                                                              2

    Letakkan masakan ayam tadi di atas nasi lapisan pertama, kalau nak letakkan telur rebus pun boleh sebagai penambah lauk.
                                         
                                                                             3
             

              Tutup ayam tadi dengan nasi semula sehingga melitupi semua ayam.Lapisan nasi biarlah tebal sedikit.

                                                                         4
                                                                         
          

             Masukkan satu lagi lapisan ayam di atas nasi berserta dengan kuah ayam sekali. Kuah akan meresap kedalam nasi, dan memberikan rasa yang enak.
                                                                              5



     Lapisan nasi yang terakhir di masukkan, masukkan kesemua nasi yang ada ke atas ayam tersebut, dan tutup periuk sehingga rapat dan letakkan di atas dapur dengan api yang perlahan selama 20 minit.

                                                                                6
                 

     Akhir sekali nasi dah pun masak bersama dengan lapisan ayam dan telur rebus, maka selesailah satu masakan yang istimewa dari Makkah. nasi arab ini sebaiknya di makan bersama dalca sayur dan salatah arab, iaitu timun, tomato, cili hijau, daun ketumbar , garam dan perahan lemon. terima kasih untuk kawan-kawan yang menjayakan reunion ini,tq untuk chef nizam, chef tam dan chef lan, cayalah bai!

SELERA MASAKAN CINA; AYAM OYSTER DAN GAJUS


    
     Salam ukhuwah buat semua, selamat berhujung minggu, minggu terakhir di bulan syaaban, dan ramadhan akan menjelma, borang cuti raya dah mula memenuhi meja, bulan ni lah paling mencabar nak buat jadual kerja, tapi tak mengapa kerana sendiri mau ingat, tahun lepas sudah cuti maa!
     Lupakan soal cuti tu, baik kita tengok juadah kita kali ni, juadah kita kali ini ialah ayam oyster dengan gajus. Salah satu makanan cina yang terkenal dan sangat mudah untuk di buat serta bahan- bahan yang di gunakan juga tidak susah untuk mencarinya. Mari kita belek-belek resepinya.

   Resepi.
   1. Isi ayam----------500gm( lebih elok kalau dibuang tulang )
   2. Bawang putih------4 ulas} mesin
   3. Halia---------------- 1 inci} dimayang nipis
   4.Oyster sos----------- 4 sudu makan
   5.Kicap pekat--------- 1 sudu teh
   6.Minyak bijan------- 1 sudu teh
   7.Tepung jagung----- 1 sudu makan( untuk memekatkan kuah )
   8. Biji gajus----------- 10 biji} di goreng
   9. Cili kering---------- 3 biji}potong dan di goreng
   10. Garam+lada putih------- secukup rasa
       Cili merah dan hijau untuk hiasan
   Cara membuatnya;
   1. Gaul isi ayam dengan tepung jagung dan telur sehingga sebati.
   2. Goreng ayam tadi sehingga rangup dan kekuningan.
   3. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi, masukkan  oyster sos dan kacau sebentar.
   4. Masukkan air( jangan banyak) biarkan sehingga mendidih.
   5. Masukkan ayam yang di goreng kedalam kuah dan biarkan sebentar.
   6. Masukkan kicap pekat dan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
   7. Masukkan minyak bijan dan bahan perasa.
       Hiaskan dengan biji gajus, cili kering dan cili merah/hijau.
       Selamat mencuba.

Wednesday, July 20, 2011

PINDANG ASAM KUNYIT BALIK PULAU (EDISI SAHUR)



    Salam ukhuwah semuanya, dah hari khamis, esok jumaat, lusa sabtu dan seterusnya akan ada hari-hari yang pasti datang. Jadi gunakanlah hari-hari tersebut dengan perkara-perkara yang berfaedah, yang tak menyusahkan orang tua kita, contohnya memasak, ada gak faedahnya.
    Semalam kita refresh sikit minda dengan info yang mungkin kita tak tahu. Hari ini saya ketengahkan satu juadah yang ringkas,popular jugak, semua negeri kat Malaysia ada masakan, cuma nama ja lain, ada yang sebut singgang, pindang, ikan asam dan sebagainya, pokoknya masakan ni memang membuka selera, sesuai untuk membuka selera waktu bersahur.
    Meh kita jenguk-jenguk resepinya.
    
    Resepi;

   1. Ikan merah--------------- 500 gm
   2. Bawang besar------------ 2 biji } mesin
   3. Bawang putih------------ 3 ulas }mesin
   4. Belacan------------------- 1/4 dari saiz kiub ayam} mesin
   5. Serai----------------------- 2 batang } ketuk
   6. Bunga kantan------------ 1 batang
   7. Asam keping-------------- 3 keping- ikut rasa masam
   8. Kacang bendi------------- 3 biji
   9. Tomato-------------------- 2 biji
   10. Cili merah---------------- 2 biji( kalau nak pedas, mesin cili merah sama bawang )
   11. Kunyitserbuk------------- 1 sudu teh
   12. Garam + gula secukup rasa.

     Cara membuatnya;
   1. Masak air bersama bahan yang dimesin tadi, serai, bunga kantan dan asam keping serta kunyit.
   2. Biar air bersama bahan tadi mendidih dengan api kecil selama 3 minit.
   3. Masukkan ikan kedalam kuah rebusan tadi sehingga ikan masak, masukkan bahan perasa.
   4. masukkan kacang bendi, tomato dan cili merah.
   5. dah pun masak. makan bersama kicap, ulam timun dan sambal belacan, kalau beras wangi lagi bagus.
        selamat mencuba.


 

Tuesday, July 19, 2011

INFOMATION; ASAL USUL SANDWICH ?

 Rujukan; Ekplorasi Dunia. blogspot.com. 2010

  The image “http://www.snoopbloggyblog.com/wp-content/uploads/2009/02/ham-sandwich.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Tahukah Anda roti tawar-berlapis sayuran dan daging atau telur yang popular disebut sandwich? Mungkin sebagian pasti pernah merasakannya. Sebab, selain mudah dibuat, roti lapis ini juga sanagat nikmat dimakan sebagai penggati sarapan bagi yang buru-buru berangkat kerja. Tapi, tahukah Anda jika makaann ini asala mulanya dari seorang yang hobinya bermain judi?



Menurut salah satu versi cerita, pada sekitar tahun 1700-an, seorang bernama Earl of Sandwich sedang sibuk bermain judi. Saking asyiknya, ia tak mau beranjak dari kursinya. Namun, karena telah bermain seharian, ia pun merasa kelaparan. Karena tak mau meninggalkan area perjudian, akhirnya ia memesan makanan yang special (berisi lauk yang biasa dimakan pakek nasi). Agar gampang memakan sambil tetap main kartu, makanan itu disatukan dalam buah roti.                                                                                  
http://im.sify.com/lifestyle/bawarchi/images/dec2007/Fried-Egg-Sandwich_520x328.jpg
The image “http://andy.brisgeek.com/files/aussie-sandwich.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.http://www.97thfloor.com/blog/wp-content/uploads/2009/03/sandwich.jpg                                                                                                                                                                                                                                                                             .
  

                                     

MINI TRIANGLE SANDWICH SUKA - SUKA


     Salam semua, lagi satu entri, bila masa terluang inilah jadinya, sandwich untuk tetamu bertandang ke rumah, especially untuk kanak-kanak, sebabnya tak ada sayur. Saya rasa tak payahlah bagi resepi, sebab senang sangat nak buatnya, , saya bagi tahu bahan-bahannya cukuplah ye.
     
 1. Roti putih
 2. Roti wholegrain( warna kelabu )
 3. Kepingan cheese
 4. Telur rebus yang di cincang.( gaul dengan mayonaise )
 5. Butter ( untuk sapuan di roti )
 6. Tuna ( hancurkan, gaul dengan mayonaise )
 7. Roti di potong empat, bentuk segi tiga.

BAWAL GORENG MASAK ASAM SEMPOI ( SAHUR CHOICE )


    Salam ukhuwah, tup-tup dah hari rabu, hari ko-karikulum untuk sekolah, bagi saya semua hari adalah hari yang baru, mana boleh sama, dua hari tak buat entri, dah jadi macam addict pulak, sibuk betul 2 hari lepas, berturut-turut ada food presentation, food testing dan food sample, macam-macam. Tapi kerja kena ikhlas, nanti masakan tak menjadi, Itu adalah kenyataannya,
     Kali ini kita buat yang mudah-mudah dan membuka selera, yang cepat dan rendah kolesterol, hari-hari masak lomak dan kari, mana boleh tahan. Masak asam ini kalau dimakan dengan nasi beras wangi, masak bagi lembik sikit, ada cencaluk dan ulam kacang botol, tak yah lah cerita. Hah cepat pergi masak.
     Jom kita cuba buat, mesti jadi punya.

     Resepi;

    1. Ikan bawal hitam------------- 1 ekor( saiz sederhana ) potong, goreng.
    2. Bawang kecil------------------ 4 biji -- potong nipis
    3. Bawang putih-----------------  2 biji-- potong nipis
    4. Halia--------------------------- 1/2 inci--potong nipis
    5. Air asam jawa----------------- 1 cawan
    6. Biji sawi------------------------ 1/2 sudu teh
    7. Bawang besar----------------- 1 biji-- belah 2, potong nipis
    8. Cili merah---------------------- 1 biji-- potong 4
    9. daun bawang------------------ 1 tangkai- potong pendek, 1 inci
    10. garam+ lada putih + gula---------- secukup rasa

    Cara membuatnya;
    
    1. Goreng ikan bawal.
    2. Tumis bawang kecil, halia, bawang putih dan biji sawi sehingga wangi.
    3. Masukkan air asam dan biarkan mendidih.
    4. Masukkan ikan bawal yang di goreng dan biarkan sekejap, masukkan bahan perasa.
    5. Masukkan bawang besar, cili merah dan daun bawang, dah pun masak.

Saturday, July 16, 2011

NOSTALGIA ZAMAN MUDA, MAJALAH KELUARGA 1997, EDISI HARI RAYA

 
     Salam ukhuwah,buat para penjejak - penjejak blog cari makan dan nak buat makan,kebetulan hari ini offday, maka banyaklah masa terluang, kemas - kemas cooking book small library yang jarang-jarang up-date, jumpa satu majalah Keluarga/Seri Dewi, keluaran Disember 1997, rasanya dah 17 tahun usia majalah tu, patut pun saya, dah sampai taraf otai pun.
     Waktu tu masih muda lela lagi, masih kuat, semangat membuak-buak, maklumlah nak masuk majalah, apatah lagi dia punya cover muka depan Ziana Zain yang masih muda dan solo dan terkenal. @ hari punya projek untuk majalah baru siap, bila tengok balik masakan tu rasa kelakar pulak, apasal la aku masak macam tu, macam budak praktikal.
                                                       Malay banquet Sous Chef
                                            Concord Hotel, Shah Alam, 1996>1999

     Menu yang di minta buat adalah aneka rendang, maka mulalah melalut-lalut mereka yang bukan-bukan, tapi bila bagi proposal dia orang terima, punyalah bangga, tapi masaalahnya bila nak realisasikan resepi tersebut, waktu midnight baru dapat buat sebab waktu tu kitchen area clear, tiada orang ganggu. Alhamdulillah, berjaya buat juga akhirnya

.
                                             Rendang Ayam Kuala Selangor

      Antara juadah yang di masak ialah Rendang udang merah, Rendang Minang, rendang Ayam Kuala Selangor, rendang Bawal Putih dan Rendang Kambing, berpeluh-peluh juga nak siapkan date line.
     Akhirnya shooting tu berjaya juga, bila ingat serita lama, dapat di rasakan betapa jauh saya berjalan dalam indusri makanan ini. kalau ada masa saya akan masukkan resepi dan gambar sekali. Wassalamualaikum waramatullah hibawarakaatuh. Amin.

  Rujukan. 
  majalah Keluarga Dis 1997


 .