Followers

Monday, February 28, 2011

Egg chef atau Pingu Chef


     Salam, saya pertama sekali melihat ikon ini pada tahun 1985 di Hotel Dayang PJ. Hasil nukilan Chef Kadir yg bertugas di situ untuk buffet display. Masa tu saya masih lagi student di NPC,chef training. On job training kat hotel Dayang (sekarang hotel Singgahsana ). Teruja betul masa tu bila tengok chef create pingu tu. Dapatlah belajar buat benda tu.
     
     Selepas hampir 24 tahun teringat nak buat semula benda tu nak tunjuk pada anak buah zaman sekarang. Teringat zaman muda2 dulu. Kena maki hamun pekara biasa,telinga dah lali dengar pekara x-rate word. Macam di scene Hell Kitchen.Itu dulu, sekarang banyak pakai psiko dan diplomasi,tolerate.
     Ok, sekarang mari kita belajar buat pingu chef ni.

Bahan-bahan.

Telor rebus------ 1 biji
Black olive------  3 biji
Bunga cengkih--- 6 biji
Lidi-------------- 1 inci
Kertas putih------ 1/2 inci x 2 inci


 Cara buat.
 1. untuk bahagian tangan, kaki dan mulut, potong olive di kiri dan kanan.
 2. untuk bahagian kepala, gunakan sebiji olive yg di cucuk pada sebahagian lidi.
 3. Cucukkan bunga cengkih di bahagian depan telur sebagai butang.
 4. untuk tangan, cucukkan olive yg dipotong di bahagian tepi telor di kiri dan kanan.
 5. untuk topi, gunting 1/2 kertas dari mula hingga hujung kertas dan bengkokkan di hujungnya.
     
        SEALAMAT MENCUBA.










No comments:

Post a Comment