Salam, salam, salam semuanya, ramadhan semakin menginjakkan diri, sudah menghampiri separuh atau melebihi separuh bulan, syukur, syukur. Alhamdulillah. Jumaat lepas saya pulang ke kampung di Kedah, jadi dapatlah berbuka dengan keluarga di kampung. Tentulah ada juadah istimewa yang di hadangkan oleh mak saya untuk anak-anak yang jauh.
Juadah istimewa ayam golek tok sofy yang turun temurun memang enak dan saya pun dapatlah sikit turunan tu.Kalau makan ramai-ramai lagilah sedap.mari kita kongsi resepi dan cuba buat, kut-kut jadi.
Ayam golek sedang di masak
Ayam------------------------ 1 ekor
Bawang besar-------------- 3 biji} mesin
Halia------------------------ 1 inci}mesin
Bawang putih-------------- 4 ulas}mesin
Kulit kayu manis---------- 1 batang
Bunga cengkih------------- 3 biji
Bunga lawang-------------- 3 biji
Rempah kari daging------- 2 peket kecil
Kerisek-----------------------2 peket kecil
Santan----------------------- 3 cawan
Minyak sapi----------------- 3 sudu makan
Garam--secukup rasa
Cara membuatnya;
1. Basuh ayam hingga bersih.
2. Tumis bahan yang di mesin bersama dengan kayu manis, cengkih dan bunga lawang, kacau sehingga wangi.
3. Masukkan rempah kari dan masak sehingga naik minyak, pastikan rempah betul-betul masak,biar lama sikit.
4. Masukkan kerisek dan kacau sehingga sebati dengan rempah kari.
5. Masukkan santan, tunggu sehingga mendidih, masukkan ayam, pastikan api perlahan. pusingkan ayam atau golekkan ayam agar semua bahagian ayam masak rata.Kalau nak bakar pun boleh juga.
Selamat mencuba
Ayam golek sudah siap di masak