Followers

Showing posts with label PASTA. Show all posts
Showing posts with label PASTA. Show all posts

Sunday, August 7, 2011

SAMBUNGAN MARI BUAT LASAGNE DIRUMAH, FINAL STEP

 
     Salam ukhuwah buat semua, hari ahad hari cuti, so boleh masak yang berat-berat sikit. Dalam entri dulu, saya tak sempat ambil gambar kerana orang lain yang habiskan lasagne tu. Minggu ni ada tempahan lasagne dari pelanggan regular, so kenalah masak. Dia orang order lasagne ayam, tak ada masalah punya
    Mari kita sambung balik entri yang dulu tuh, Kalau dulu kita cuma buat intinya dan sos putih, entri kali ini kita habiskan lankah yang terakhir untuk menyiapkan lasagne.
                                                                               1

     Kalau boleh gunakan aluninium foil untuk membakar lasagne, nanti senang nak panaskan dalam oven;
    1. Letakkan sos putih di bahagian bawah sekali, sos putih melitupi bahagian lantai foil.
    2. Letakkan kepingan lasagne yang pertama di atas sos putih.


     3.Letakkan inti di atas kepingan lasagne yang pertama, tapi jangan tebal sangat.


 
     4. Letakkan kepingan lasagne untuk lapisan yang kedua.


      5. Letakkan sos putih di atas lapisan lasagne yang kedua.

   
     6. Letakkan satu lagi lapisan inti lasagne di atas kepingan lasagne yang kedua.

         
     7. Letakkan lapisan lasagne yang terakhir ( tiga lapisan semuanya ) di atas intinya,dan letakkan pula sos putih diatas lapisan lasagne.Taburkan grated parmesan cheese di atas sos putih.

   
     8. Bakar dalam oven dengan suhu 200* c, selama 30 minit.
             Selamat mencuba dan selamat berjaya.