Followers

Thursday, March 22, 2012

SOS OH SOS DAN PERANANNYA DALAM MASAKAN


  Salam semua, kali ini kita akan bercerita mengenai sos dan peranannya dalam masakan, buku oren di atas merupakan buku masakan kegemaran saya semasa dalam industri hotel dulu, kira saya punya thumbdrive zaman sekarang, judul dia The New Art Of Indinesian Cooking, hasil usaha Executive Chef Detlef Skrobanek dan staff Kitcnen Jakarta Hilton, di terbitkan pada tahun 1998, sangat menarik bukunya dan banyak benda yang dapat di pelajari mengenai makanan orang melayu nusantara yang di Fine dan di eksklusifkan. Sekarang tak tahu sama ada masih ada dalam pasaran. Bukan sedikit jasa buku ini pada saya, dulu nak masak untuk Royal Selangor function bersama Chef Abdul Mydin, buku inilah jadi penyelamat.
 
                              Ini semuanya sos masakan melayu di modenkan cara
                               penyediaannya.

               
  SOS sangat penting untuk sesuatu masakan. Sesetengah makanan perlu kita nikmati bersama sos dan sudah semestinya ia mempunyai fungsinya tersendiri.Terdapat pelbagai sos yang boleh anda buat sendiri bergantung kepada kreativiti di rumah dan jenis makanan. Sama ada ia adalah makanan yang masin atau pencuci mulut manis. Sos merupakan cecair yang berkrim likat atau separa yang digunakan dalam masakan.
     Sebenarnya sos berfungsi untuk menambah rasa kepada makanan , melembapkan, memberi khasiat tambahan dan menaikkan seri serta selera sesuatu makanan itu apabila ia dicurahkan.Kesannya ia kelihatan lebih menarik untuk dinikmati. Ada sos diperbuat daripada komponen cecair dan asas sos yang baik adalah menggunakan stok yang berkualiti.

                                                                                                           
      Namun demikian ada juga sos yang kurang menggunakan cecair. Contohnya yang menggunakan buah-buahan dan sebagainya. Tekstur bahan itu agak pejal dan sedikit sahaja air digunakan.Sekarang ada sesetengah sos yang sudah dikomersialkan dan mudah dibeli di pasar raya seperti sos barbeque, sos worcestershire dan pelbagai sos untuk pasta.Kuantiti dan kualiti sos tidak akan pernah susut. Selagi kita dapat menghasilkan pelbagai makanan yang sedap maka sos yang enak dan istimewa juga dapat dihasilkan.
     Dalam masakan Perancis sos merupakan kriteria utama dan penting yang diutamakan dalam masakan mereka sejak zaman pertengahan dahulu. Beratus-ratus koleksi sos yang dianggap klasik yang memberikan karakter dan dapat menterjemahkan identiti kepada makanan Perancis itu sendiri.Pada abad ke-19 dan ke-20 bapa kepada chef-chef di seluruh dunia dan merupakan legenda kepada dunia kulinari iaitu Antonin Careme dan Auguste Escoffier telah banyak mencipta sos sebagai koleksi peribadi walaupun tiada rekod rasmi berapa banyak resipi yang telah dicipta mereka.

                                                                                   
      Antara sos-sos yang terdapat dalam buku tersebut adalah satay sos, sos lemak santan, sos kunyit, sos nenas dan macam-macam lagi, kebanyakkan sos di mesin sehingga betul-betul halus dan pekat.                  

No comments:

Post a Comment