Followers

Monday, April 9, 2012

IKAN MERAH RANGUP + BUMBU MANGGA MUDA DAN BETIK MUDA MASAM + MANIS + PEDAS


  Salam semuanya, N3 kali ini adalah hidangan yang mampu buat air liur melilih, apa lagi dengan mangga muda dan betik muda, ikan di goreng rangup, ada pula nasi goreng cina, makan pula semasa panas-panas, sementara ada masa terluang, maka hidangan inilah hasilnya, masa memasak yang cepat dan sedap di makan.


  Resepi ;
  Hirisan ikan merah------------ 4 keping
  Kunyit serbuk----------------- 1 sudu teh
  Garam------------------ secukup rasa
  Mangga muda--------- 1 biji-- potong halus panjang
  Betik muda------------- 1/4 biji- potong halus panjang
  Tomato------------------ 2 biji-- buang biji, potong halus panjang
  Bawang merah----------- 2 biji-- potong nipis
  Thai cili sos ( mae pranoum )-------- 4 sudu makan.

  Cara membuatnya;
  Gaul ikan bersama garam dan kunyit, goreng sehingga rangup.
  Mangga muda, betik muda, tomato dan bawang di potong seperti di dalam photo,
  Gaul kesemua bahan-bahan tersebut dengan thai chili sos dan perap selama 20 minit.
  Letakkan bahan bumbu tadi di atas ikan yang telah di goreng.


                 Selamat mencuba
 

4 comments: