Followers

Thursday, August 18, 2011

PEANUT BUTTER LEMON CHICKEN BERMADU ?


     Salam ukhuwah semuanya, tup-tup dah hari jumaat, N3 kali ini saya bawakan special punya masakan lemon chicken peanut butter, sebenarnya masakan ini menjadi juadah yang popular dalam buffet ramadhan di Hotel Concord Shah Alam semasa saya bertugas di sana 1997. Resepi tu adalah dari Exec Chef saya Mr. Gerhard Albrech ( German ), dia cakap " let do something different for buka puasa ", so jadilah ayam tu. Masa tu saya guna spring chicken ( ayam kecil 400gm>500gm ). Sekarang saya bernostalgia sedikit dengan juadah ini, masih menjadi jugak, walaupun sedikit terbakar. kah kah. Mai kita usha resepi dia.
      Resepi;
    1. Paha dan kaki ayam di buang tulang----------- 4 ketul
    2. bawang putih------------------------------------ 5 ulas} cincang halus
    3. Halia---------------------------------------------- 1 inci} cincang halus
    4. Lemon-------------------------------------------- 3 biji} perah airnya
    5. Peanut butter------------------------------------ 3 sudu makan
    6. Madu--------------------------------------------- 1 sudu makan
    7. lada hitam--------------------------------------- 1 sudu makan} mesin
    8. Garam-------------------------- secukup rasa.

    Cara membuatnya;
    1. Basuh ayam dan keringkan airnya.
    2. Campurkan bahan-bahan diatas dan gaul bersama ayam sehingga sebati, perap selama 1 jam.
    3. Susun ayam di atas loyang dan bakar, suhunya 180*, selama 20> 30 minit, tapi hati2 kerana madu akan membuatkan ayam terbakar cepat. Jauhkan sikit ayam dari bahagian atas ayam. Dah pun siap.

     Ini kuih selingan semasa berbuka, all time fevret Lepat pisang and Cucoq Kodok, homemade lagi.
    

Wednesday, August 17, 2011

BERBUKA DI RESTORAN LAMPU BIRU; JALAN HUTAN KAMPUNG,ALOR SETAR

Teh O yang sangat manis

     Salam ramadhan semua, dah 18 hari puasa, raya makin dekat, tapi raya kena kerja, cari makan. N3 kali ini kita tak masak-masak, tapi nak cerita pasal orang masak dan berbuka di restoran.
     Sekali sekala berbuka kat luar best juga, ubah seleralah katakan. Minggu lepas saya pulang kekampung kat Kedah, jenguk-jenguk orang tua kat kampung.Masa nak balik ke KLIA, flight Air Asia malam, pukul 9 lebih, takut terlambat, kena berbuka kat luar, kawasan dekat dengan Airport Kepala Batas, Alor Setar.
    Anak buah bawa singgah satu kedai seafood kat jalan Hutan Kampung, Kepala Batas, nama saja hutan kampung, tapi bandar, ada airport lagi. Restoran tu namanya restoran Lampu Biru, konsep seafood tomyam, western food ada gak, Dekorasinya unik sikit, kat depan restoran dia ada mesin getah lama,display kat depan.
     Waktu berbuka ramai jugak orang singgah, mungkin orang dah biasa kat satu, parking pun senang, servisnya tip top,cepat on time, ngam-ngam buka puasa dah siap. 

 
 Siakap tiga rasa yang sedap dan rangup

    Rasa masakannya saya bagi 3 bintang, menyelerakan dan sedap. Harganya taklah semahal macam KL, berbaloi kalau makan kat situ, Cuma satu saja yang tak best, air teh O macam dalam gambar kat atas manis sangat, boleh potong kaki. Oklah, kalau berkunjung ke Alor Setar, pergilah ke Restoran Lampu Biru, Jalan Hutan Kampung, Alor Setar, Kedah. 

Tuesday, August 16, 2011

GO WEST VEGE; RATTATUILLE ( BUKAN DALAM CITER KARTUN TUH )


     Salam sejahtera semua, makin lama puasa, selera pun makin mengecil, adatlah tu, sebelum ni dah balun macam-macam makanan, betul la kan.
Kali ini kita buat N3 sayur pulak, tapi bukan sebarang sayur, RATTATUILLE namanya, asalnya tak pasti,rasanya perancis dan banyak di gunakan dalam hidangan barat, selalunya rattatuille di gandingkan dengan ikan grill dan lamb grill.
      Bahan-bahannya ada yang di jual di sini, rasanya zuchini hijau dan kuning susah nak dapat di sini, tapi tak mengapa, kita guna apa yang ada,ok lah tu.
Mari kita usha resepi.
      Resepi; untuk sayurannya;
     1. Bawang besar-------------------------- 2 biji} potong kiub atau dadu
     2. Red pepper bulat----------------------- 1 biji}potong dadu
     3. Green pepper bulat--------------------- 1 biji } potong dadu
     4. Yellow pepper bulat-------------------- 1 biji }potong dadu
     5. Terung panjang------------------------- 1 biji } potong dadu
     6. Tomato----------------------------------- 3 biji }potong dadu
     7.Bawang putih---------------------------- 2 biji } cincang halus
     8. Tomato paste/puri---------------------- 2 sudu makan
     9. Rosmary herb---------------------------- 1/2 sudu teh
    
      Cara membuatnya;
      1. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
      2. Masukkan tomato puri, kacau sehingga masak.
      3. Masukkan buah tomato dadu kedalam  tomato puri dan masak sehingga buah tomato sebati dan hancur, masukkan sedikit air sebagai kuah.
      4. Masuukan kesemua bahan sayuran kedalam adunan tomato tadi dan kacau sayur, jangan biarkan terlalu masak, macam chunky vege saja.
       5. masukkan rosmary herb dan bahan perasa dan dah siap, rasanya sedikit masam, masam tomato.
        Selamat mencuba.


Monday, August 15, 2011

AYAM GOLEK TOK SOFY ( MEMANG TERGOLEK BILA MAKAN )


     Salam, salam, salam semuanya, ramadhan semakin menginjakkan diri, sudah menghampiri separuh atau melebihi separuh bulan, syukur, syukur. Alhamdulillah. Jumaat lepas saya pulang ke kampung di Kedah, jadi dapatlah berbuka dengan keluarga di kampung. Tentulah ada juadah istimewa yang di hadangkan oleh mak saya untuk anak-anak yang jauh.
     Juadah istimewa ayam golek tok sofy yang turun temurun memang enak dan saya pun dapatlah sikit turunan tu.Kalau makan ramai-ramai lagilah sedap.mari kita kongsi resepi dan cuba buat, kut-kut jadi.

     
Ayam golek sedang di masak

     Resepi;
     Ayam------------------------ 1 ekor
     Bawang besar-------------- 3 biji} mesin
     Halia------------------------ 1 inci}mesin
     Bawang putih-------------- 4 ulas}mesin
     Kulit kayu manis---------- 1 batang
     Bunga cengkih------------- 3 biji
     Bunga lawang-------------- 3 biji
     Rempah kari daging------- 2 peket kecil
     Kerisek-----------------------2 peket kecil
     Santan----------------------- 3 cawan
     Minyak sapi----------------- 3 sudu makan
     Garam--secukup rasa

     Cara membuatnya;
     1. Basuh ayam hingga bersih.
     2. Tumis bahan yang di mesin bersama dengan kayu manis, cengkih dan bunga lawang, kacau sehingga wangi.
     3. Masukkan rempah kari dan masak sehingga naik minyak, pastikan rempah betul-betul masak,biar lama sikit.
     4. Masukkan kerisek dan kacau sehingga sebati dengan rempah kari.
     5. Masukkan santan, tunggu sehingga mendidih, masukkan ayam, pastikan api perlahan. pusingkan ayam atau golekkan ayam agar semua bahagian ayam masak rata.Kalau nak bakar pun boleh juga.
     Selamat mencuba
 

 
 Ayam golek sudah siap di masak
    

Sunday, August 14, 2011

IKAN DORY CAJUN PANGGANG DAN NASI BUTTER



     Salam ukhuwah dan salam ramadhan, puasa pun dah menghampiri pertengahan, sungguh cepat waktu berlalu dan dah seminggu tak buat entri baru, bukan apa, cuma kesihatan tak mengizinkan, masuk keluar hospital, buat servis sikit-sikit.
     Entri kali ini kita ubah selera sikit, kita buat cita rasa negara latin dan amerika tengah, serbuk cajun ni boleh di dapati di pasar raya besar, ada jenama mc cormick, warnanya keperangan, rasanya sedikit pedas dan kalau kena hidung kita akan bersin,mari kita jenguk resepi dan cuba sekali.
    Resepi;
   1. Isi ikan dory-------------------- 1 keping
   2. Serbuk cajun------------------- 1 sudu makan
   3. Bawang putih------------------ 4 ulas} di cincang halus
   4. Minyak masak----------------- 1 sudu makan
   5. Lemon jus----------------------- 2 sudu makan
   6. Garam----------------------- secukup rasa
   Cara membuatnya;
   1. campurkan serbuk cajun, bawang putih, lemon jus,minyak masak dan bahan perasa, gaul semuanya sehingga sebati.
   2.Gaulkan campuran rempah cajun tadi dengan ikan sehingga rata, perap selama 20 minit.
   3. Grill ikan dory atas kuali leper, panaskan kuali dulu, tapi jaga-jaga sebab rempah cajun cepat hangit.
   4. Selepas grill, bakar ikan didalam oven dengan suhu 180* selama 20 minit.
    Ikan cajun boleh di makan bersama nasi atau pun pasta, sosnya pula kalau di makan bersama pasta, lebih elok menggunakan sos tomato prego atau pun sos tomato untuk pizza, resepi sos tomato ada dalam n3 mini pizza saya, kalau makan bersama nasi, boleh guna air asam ke, percik ke atau pun sos kicap bawang cili.




     Di sini saya sertakan juga resepi nasi butter yang simple dan cepat di masak, macam nasi goreng juga, nasi goreng western. Yuk resepinya.
     Resepi;
    1.Nasi wangi------------------------------ 500 gm
   2. Bawang putih-------------------------- 2 ulas
   3. Sayur campur frozen----------------- 1/2 cawan
   4. Bay leaf atau daun selasih----------- 2 helai
   5. Sedikit garam dan lada putih.
   6.Butter----------------------------------- 1 sudu makan
     Cara membuatnya;
   1. cairkan butter, tumis bawang putih dan daun selasih sehingga wangi, masukkan campuran sayur dan kacau sehingga sebati.
  2. Masukkan nasi wangi dan kacau sehingga sebati dan masukkan bahan perasa dan dah siap.
       Selamat mencuba.
   

Wednesday, August 10, 2011

BUFFET HARI RAYA; MEMORI DI KAMPUNG HALAMAN



     salam ukhuwah dan salam ramadhan semua,masa sungguh cepat berlalu, ramadhan sudah menghampiri pertengahannya, semuga kita mendapat keberkatan darinya. Kali ini n3 saya nak mengimbau kembali kenhangan menyambut hari lebaran di kampung saya di Kedah. Meriah sekali suasananya kerana semua dapat berkumpul di kampung dalam satu masa, sudah beberapa kali saya miss pada hari raya pertama di kampung kerana bertugas pada hari raya, cari makan.
    Di kampung saya kebiasaannya pada hari raya pertama, selepas sembahyang raya, rumah orang tua saya adalah yang pertama orang akan berkunjung, jadi ramailah tetamu yang datang, selalunya orang tua saya akan buat buffet nasi special, ada nasi bukhari, kerutuk daging, kurma telur, air asam ramas yang femes oleh adik saya dan samosa bersama karipap, hai jenuh juga nak hidang dalam waktu yang singkat, nasib baik anak buah ramai. Apa-apa pum memang seronok dan menari bila ingat balik kenangan masa lalu.


Daging kerutuk yang enak dan daging yang lenbut.


 
Nasi bukhari yang lembut dan power


All time favourite kurma telur, air tangan ibunda


Air asam ramas ori kedah mari



Karipapa panas inti daging yang rangup.

    Sebenarnya hari raya tahun ini saya miss lagi, kono kojo la pulak, raya 3 baru ada kat kampung, tapi dah biasa macam ni sejak mula-mula kerja dulu.
Semuga akan ada masa di lain tahun untuk saya nak raya sakan.
    Selamat menjamu mata dan resepi akan menyusul kemudian.
 

                                                           

Monday, August 8, 2011

RENDANG DAGING BATANG PINANG; NOSTALGIA AIDIL FITRI 1997

                                                                                                                                                                             Salam ramadhan semua, tup-tup dah masuk minggu kedua ramadhan, sekejap saja rasanya. Untuk n3 kali ini, kita masak daging pulak, tukar selera dan masakan kepada yang berat sikit. Sebenarnya resepi daging rendang ni dah lama tersimpan dalam majalah, Shootong di buat di Concord Hotel Shah Alam 1997, masa tu saya kerja kat situ sebelum hijrah ke KLIA.
    Rendang daging ini merupakan menu wajib untuk buffet buka puasa di Concord Hotel. Masa tu masih muda, semangat betul, tak tidur malam, nak masuk majalah, kata kan. Ok lah mai kita usha resepi tuh.
 Resepi;
  1. Daging batang pinang------------------- 1 kg} daging dipotong nipis
  Bahan untuk di mesin;
   2. Cili kering-------------------------------- 10gm
   3.Cili padi---------------------------------- 8 biji
   4. Halia-------------------------------------1/2 inci
   5. Lengkuas-------------------------------- 1/2 inci
   6. Kunyit hidup---------------------------- 1/3 inci
   7. Serai-------------------------------------- 10 batang
   8. Bawang besar-------------------------- 4 biji
   9. Bawang putih-------------------------- 4 ulas
  ------------------------------------------------------------
   10. Santan---------------------------------- 1 liter
   11.Asamkeping----------------------------- 2 keping
   12.Kerisek----------------------------------- 2 pkt kecil
    13. Daun kunyit--------------------------- 2 helai} dipotong halus
   Cara membuatnya;
   1. Perap daging bersama bahan yang di mesin selama 20 minit.
   2. Masak santan sehingga panas, jangan sampai mendidih.
   3. Masukkan daging yang di perap tadi ke dalam santan yang di masak tadi. masak sehingga pekat.Jangan lupa masukkan asam keping.
   4. Masukkan kerisek dan daun kunyit serta bahan perasa.
   5. Potong nipis 4 ulas bawang kecil dan tumis bawang sehingga kekuningan, masukkan kedalam rendang daging yang hanpir masak tadi dan kacau sehingga  sebati. Gunakan api yang perlahan untuk masakan ini.
    Selamat mencuba.