Salam sejahtera, N3 kali ini mengimbau zaman kecil semasa di kampung, lebih2 lagi di bulan Ramadhan. Selalunya emak saya mesti menyediakan hidangan ini, rasanya memang sedap hasil air tangan ibu. Boleh di kategorikan dalam salah satu aneka bubur lambuk.
Resepi;
Beras------------------ 1 cawan
Air--------------------- 5 cawan
Minyak sapi atau marjerin----1 sudu besar
Serai------------------- 2 batang-- di ketuk
Bawang merah--------- 4 biji--- potong nipis
Bawang putih----------- 2 ulas--- potong nipis
Halia-------------------- 1/2 inci-- ketuk
Halba-------------------1/2 sudu teh
Udang kering------------ 1 sudu makan
Daging------------------50 gm--- potong dadu kecil
Isi ayam----------------- 50 gm--potong dadu kecil
Santan pekat------------ 1 cawan
Lada hitam-------------- 1 sudu teh
Garam----- secukup rasa
Daun bawang+ cili merah----- untuk hiasan
Cara membuatnya;
1. Panaskan minyak, tumis bawang, serai dan halia sehingga wangi, masukkan udang kering, kacau sebentar, masukkan air.
2. Bila air mendidih, masukkan beras dan kacau agar tidak melekat, gunakan api yang sederhana.
3. Apabila beras mula memecah masukkan daging dan ayam.
4. Masukkan santan, lada hitam dan bahan perasa kacau dan dah pun siap.
Selamat mencuba
Salam,
ReplyDeleteSedap bubur kanji atau bubur nasi,kita selalu makan jika sakit gigi.