Followers

Monday, February 27, 2012

GULAI IKAN ISTERI YANG ADA UMMPH.


   Salam, N3 kali ini memaparkan masakan kegemaran isteri dan menu kegemaran sang suami, walaupun bertugas di kelilingi makanan setiap hari, masakan isteri juga yang terbaek. Aromanya dan rasanya cun-cun seadanya. Moh kita cuba resepinya, entah jadi entah tidak.

     Resepi;
 Ikan kembong--------- ekor
 santan----------------- 2 cawan
 bawang kecil---------- 5 biji--- potong nipis
 bawang putih---------- 2 ulas--- potong nipis
 bawang besar--------- 2 biji---- mesin halus
 rempah kari ikan TAHA--------- 1 peket kecil( ada jual kat Tesco)
 halba campur-------------- 1 sudu teh
 daun kari------------------ 6 helai
 air asam jawa------------ 1/2 cawan
 Kacang bendi------------- 4 biji

 Cara membuat;
1. Gaul rempah kari dengan bawang mesin sehinga sebati.
2. Tumis halba campur bersama hirisan bawang dan daun kari sehingga wangi.
3. Masukkan campuran rempah kari dan sedikit air asam, masak sehingga rempah kari naik minyak.
4. masukkan santan, biarkan didih dan masukkan ikan dan bendi, masak dengan api yang sederhana.
5. masukkan air asam jawa dan garam, biarkan sekejap dan dah pun masak.

                                             Gulai ikan Isteri

                Selamat mencuba                             
                                                    

No comments:

Post a Comment