Followers

Monday, February 20, 2012

KLAS tidak berhenti walau sesaat

   Pernah terfikir bagaimana sajian dalam kapal terbang yang anda naiki disediakan? Apa yang bakal diceritakan selepas ini pasti membuatkan ramai teruja dan berbangga kerana menjadi rakyat sebuah negara yang mampu memberikan perkhidmatan katering kapal terbang bertaraf dunia. Sejak Kuala Lumpur Airport Services (KLAS) mendapat lesen operasinya pada 9 Februari 1995, tidak pernah sekalipun bangunan yang terletak di Sepang itu 'bercuti'.
  Menariknya konsesi tersebut menyediakan makanan untuk 32 syarikat penerbangan dari seluruh dunia yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Antaranya ialah Saudi Arabia Airlines, Qatar Airways, Egypt Air, Air China, Merpati, Royal Brunei Airlines serta penerbangan peribadi VVIP dan juga kapal terbang sewa khas



   Katering di sini memang tidak sama sekali dengan katering kenduri atau keramaian di luar sana. Tahap kebersihan yang amat tinggi menjadi keutamaan KLAS. Malah kami mampu menyediakan semua jenis makanan dan minuman mengikut keperluan syarikat penerbangan. "Mengutamakan halal dalam prinsip penyediaan makanan, dapur katering KLAS juga mendapat pengiktirafan halal dan pelantikan seorang eksekutif halal di bahagian tersebut meyakinkan lagi keutamaannya,
   
    Katering di sini memang tidak sama sekali dengan katering kenduri atau keramaian di luar sana. Tahap kebersihan yang amat tinggi menjadi keutamaan KLAS. Malah kami mampu menyediakan semua jenis makanan dan minuman mengikut keperluan syarikat penerbangan. "Mengutamakan halal dalam prinsip penyediaan makanan, dapur katering KLAS juga mendapat pengiktirafan halal dan pelantikan seorang eksekutif halal di bahagian tersebut meyakinkan lagi keutamaannya," jelas beliau ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
    katering penerbangan adalah diwajibkan untuk memenuhi standard antarabangsa yang telah ditetapkan oleh badan pentadbir industri penerbangan seperti Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
    Dalam erti kata lain, bahan mentah dan hidangan yang disediakan mesti bermutu tinggi dan memenuhi standard antarabangsa terutamanya dari segi kebersihan dan keselamatan makanan.
"   Adalah amat penting bagi kami menghasilkan makanan yang bersih bebas daripada bakteria supaya penumpang kapal terbang yang menikmatinya tidak perlu 'berebut tandas' ketika penerbangan berlangsung.
    "Bayangkanlah, kalau makanan yang disediakan mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan sakit perut, kapal terbang pula mempunyai tandas yang terhad, bagaimana hendak memenuhi keperluan tandas semua penumpang dalam masa yang sama, tentu kelam kabut jadinya,

                                                                                  
                
      Seperkara menarik tentang setiap makanan yang disediakan untuk penumpang dalam kapal terbang tidak mengandungi pengawet.
"Tetapi cara penyediaan, masakan serta simpanannya mesti betul dan jika dilakukan mengikut prosedur, makanan tanpa pengawet ini boleh bertahan sehingga 30 hari lamanya," jelas Shukrie yang telah berkhidmat di KLAS sejak dua tahun lalu. Tambahnya, menu yang dipilih semuanya atas pihak syarikat penerbangan masing-masing."Sesi percubaan rasa akan dihadiri oleh wakil syarikat dan chef, setelah semua dipersetujui maka senarai menu akan dikeluarkan.
   "Antara menu yang menjadi pilihan ialah nasi lemak rendang, roti dan pastri, kek dan banyak lagi,"
     Bahagian operasi katering KLAS beroperasi 24 jam sehari. Terbahagi kepada tiga giliran bekerja, sama ada bermula 7 pagi hingga 3 petang, 3 petang hingga 11 malam atau 11 malam hingga 7 pagi.
"Terdapat 128 staf yang bekerja di bahagian katering yang terbahagi kepada lima seksyen iaitu pembelian, dapur, operasi, jaminan kualiti dan jualan komersial. "Setiap hari lebih kurang 300 kilogram (kg) hingga 500kg bahan mentah akan dihantar pembekal ke bahagian ini.
"Proses bermula dengan pengesahan menu grid yang dihantar oleh syarikat penerbangan. Saat menerima bahan mentah, pemeriksaan kualiti dilakukan. Kemudian bahan mentah dibersihkan dan pemotongannya dilakukan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. "Pada menu yang diberikan oleh syarikat penerbangan disertakan juga gambar, jadi bahagian penyediaan makanan mestilah menyediakan rupa makanan sama seperti dalam gambar.
"   Selesai dibersih dan dipotong, bahan tersebut dihantar ke bahagian dapur untuk dimasak. Dapur pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu dapur panas dan sejuk. Selesai saja masak, makanan tersebut terus disimpan di dalam pendingin sejuk berkuasa tinggi selama sekurang-kurang sejam.
"Kemudian makanan disiapkan mengikut kehendak setiap penerbangan di mana segala perkakas akan disediakan oleh penerbangan masing-masing. Makanan akan dimasuk dalam kereta sorong (cart) syarikat penerbangan dan kemudiannya disimpan di bilik menunggu selama 4 jam sebelum penghantaran ke kapal terbang dibuat. Untuk kesemua proses yang disebutkan di atas mestilah tidak melebihi 24 jam
.
                                                                          
                                                                                                      

3 comments: