Followers

Monday, April 30, 2012

Masakan tradisi; Singgang Haruan ( Oleh Chef Syukri )


 Salam sejahtera, N 3 kali ini memaparkan salah satu masakan tradisi orang melayu yang terkenal iaitu singgang ikan haruan, ikan haruan adalah sejenis ikan air tawar, mahal harganya sekarang. Msakan ini di sediakan oleh sahabat Chef Syukri ( kira dah otai chef nih ).. Masakan ini bagus untuk kesihatan kita.
 Mari kita jenguk-jenguk resepi;

   Resepi;
  Ikan haruan---------- 500gm
  Air------------------- 500 ml
  Bawang merah-------- 50gm }
  Serai------------------ 3 batang }Ketuk
  Halia------------------- 20 gm }
  Bawang putih---------- 10 gm } Bahan untuk di mesin
  Cili merah------------- 50 gm }
  Kunyit hidup---------- 20 gm }
  Lada hitam------------ 10 gm }
  Asam keping----------  2 keping
  Nenas---------------- 1/4 biji-- potong nipis
  Garam---------------- 30gm
  Gula----------------- 20 gm
 
  Cara membuat;
 Perap ikan dengan air asam selama 20 minit
 Selepas perap ikan, cuci ikan dan gaul ikan dengan 1/2 bahagian bahan di mesin tadi.
 Bungkus ikan dengan daun pisang dan bakar sehingga separuh masak.
 Rebus air bersama 1/2 lagi bahagian yang di mesin tadi sehingga mendidih.
 masukkan buah nenas.
 Masukkan ikan kedalam air rebusan tadi sehingga masak
 Masukkan bahan perasa, lebih kepada rasa masam..
 Selamat mencuba
   
 

Monday, April 23, 2012

IKAN MERAH GORENG RANGUP + KENTANG GORENG BEREMPAH + JERUK ARAB



 Salam sejahtera semuanya, lama juga tak update blog nih. Kali ini N3, saya menyediakan masakan yang simple dan senang untuk di sediakan. Sesuai untuk makan petang dan makan malam. Selalunya kalau kat kedai ikan ini di hidangkan bersama french fries, sayuran carrot dan kobis dan tartar sos. Kali nini saya gunakan potato wedges, jeruk sayuran arab yang rangup dan thousand island sos. rasanya pasti umphhh.

garing keemasan

  Ok, di sini saya tunjukkan langkah demi langkah cara nak memnyediakan ikan goreng rangup ( fried breaded snapper ).

        Isi ikan merah ( di buang tulang--- 200gm )
        Tepung gandum
        Telur
        Lemon + garam + lada putih
        Perap ikan dengan garam, lada putih dan perahan lemon
                                                                       
                                Ikan di gaul dengan tepung dan telur

                               Inilah rupa serbuk roti ( japanese breadcrumb )
                                Salut ikan diatas dengan serbuk roti di semua bahagian ikan

Goreng ikan sehingga warna keemasan
            Untuk membuat sos thousand island yang simple dan cepat, campurkan mayonaise + cili sos + tomato sos ( 1: 1: 1 ). Dah siap, selamat mencuba

Wednesday, April 11, 2012

TELOR AYAM PERCIK, CEPAT DI MASAK, SENANG DI MAKAN


    Salam sejahtera, N 3 kali ini kita masak salah satu sumber makanan kita yang terkenal, apa lagi kalau bukan TELOR AYAM, macam-macam boleh di buat dengan telor ayam nih. Semua bahan ini mesti ada dalam peti ais, so kalau malas nak keluar, inilah masakan yang boleh di buat, macam-macam sos yang boleh di buat berasaskan telor sebagai bahan utama.


    Resepi;
    Telor rebus--------------- 4 biji -- goreng dahulu
    Bawang besar merah----------- 2 biji }
    Bawang putih------------------ 3 ulas }
    Halia-------------------------- 3/4 inci }
    Serai-------------------------- 4 batang } [ }] bahan di mesin halus
    Buah keras-------------------- 5 biji }
    Cili kering--------------------- 4 biji }
    Kunyit hidup--------------------3/4 inci}
    Santan-------------------------- 1 cawan
    Asam keping-------------------- 1keping
    Minyak masak

   Cara membuat;
   Tumis bahan-bahan yang di mesin tadi sehingga naik minyak.
   Masukkan sedikit air dan santan pekat, didihkan sehinga pekat.
   Masukkan bahan perasa, ada masin, sedikit manis dan sedikit masam.
  
   Dah pun siap, selamat mencuba.

Telur ayam percik sos                 

Monday, April 9, 2012

IKAN MERAH RANGUP + BUMBU MANGGA MUDA DAN BETIK MUDA MASAM + MANIS + PEDAS


  Salam semuanya, N3 kali ini adalah hidangan yang mampu buat air liur melilih, apa lagi dengan mangga muda dan betik muda, ikan di goreng rangup, ada pula nasi goreng cina, makan pula semasa panas-panas, sementara ada masa terluang, maka hidangan inilah hasilnya, masa memasak yang cepat dan sedap di makan.


  Resepi ;
  Hirisan ikan merah------------ 4 keping
  Kunyit serbuk----------------- 1 sudu teh
  Garam------------------ secukup rasa
  Mangga muda--------- 1 biji-- potong halus panjang
  Betik muda------------- 1/4 biji- potong halus panjang
  Tomato------------------ 2 biji-- buang biji, potong halus panjang
  Bawang merah----------- 2 biji-- potong nipis
  Thai cili sos ( mae pranoum )-------- 4 sudu makan.

  Cara membuatnya;
  Gaul ikan bersama garam dan kunyit, goreng sehingga rangup.
  Mangga muda, betik muda, tomato dan bawang di potong seperti di dalam photo,
  Gaul kesemua bahan-bahan tersebut dengan thai chili sos dan perap selama 20 minit.
  Letakkan bahan bumbu tadi di atas ikan yang telah di goreng.


                 Selamat mencuba
 

Friday, April 6, 2012

SUP LABU KUNING PEKAT ALA BARAT, YUMMY


   Salam sejahtera, kalau sebut labu ,semua orang pernah makan, macam-macam boleh masak dengan labu nih, kali ini mari kita ubah selera sikit dengan masakan labu ini, kalau makanan barat, labu ini di buat sup krim yang pekat, di makan bersama roti, rasanya yang manis dan lemak, pasti memyegarkan badan dan mengenyangkan. so......mari kita cuba buat sup labu lemak berkrim di sukai ramai, macam iklan pulak.

  
                       Bahan utama, labu kuning, buang kulit dan potong kecil.

                                   Bahan untuk tumisan-- bawang besar 2 biji--- 
                                   celery 2 batang--- leek 2 batang
                                   ( potong dadu sayuran di atas )

                                Panaskan butter--- 50 gm-- untuk tumisan
                                                                        
                                                                               
 
                                    Tumis bahan-bahan di atas sehingga wangi
                                                                          
                                                                                   
                            Masukkan labu dan air rebusan ayam untuk proses 
                             melembutkan labu masukkan 2 helai bay leaf.
                                                                                  
                                                                                 
                                   Labu yang telah lembut dan asingkan dari air rebusan tadi,                                        simpan air rebusan labu tadi untuk membuat sup, mesin isi labu bersama sayuran tadi sehingga halus dan tapis bahan yang di mesin tadi kedalam air rebusan, masukkan krim atau sos putih ke dalam sup labu, jangan terlalu pekat, masukkan bahan perasa.
                      
                                                                               
         Sup yang telah siap di masak, taburkan sedikit biji sawi untuk kelihatan menarik. 
                    Selamat mencuba.                                              
                                                                             .