Followers

Monday, December 26, 2011

Family Gathering, makan-makan and makan, masak-masak also


     Salam, majlis makan-makan bersama keluarga di musim cuti sekolah, window shooping kat Nilai 3, seronok dapat kumpul ramai-ramai bersama keluarga, masakan yang enak belaka.
                                                                                   
                                                Ayam golek Tok Sofy
                               
                                                  Pais Ikan Siakap, soo Fresh
                                                                 
                                                   Ayam masak serai sayuran 

                                                           Bubur asyura utara

      Semuga di tahun hadapan majlis sebegini akan di adakan lagi.                                                     

Wednesday, December 21, 2011

TUKAR SELERA; SALMON BAKAR & BELL PEPPER SALSA, MUDAH AJE

  
    Salam sejahtera, lama tak ber N3, kali ini ubah selera pulak, apa salahnya kalau sesekali masak ikan salmon, sedap juga, tak mahal rasanya, sangat mudah, cepat dan menyihatkan badan.

Resepi
 Isi salmon atau isi ikan merah--- 1 atau 2 keping
 Bawang besar------- 2 biji- potong dadu
 Tomato--------------- 3 biji- potong dadu
 Cili bulat( merah+hijau+kuning )-- 3 biji- potong dadu
 Tomato prego( ada jual kat s/market)-- 1 botol
 Bawang putih------ 4 ulas-- cincang halus
 Garam + lada hitam--- secukup rasa


                                                                      
 
 Cara membuatnya;
 Perap ikan dengan garam dan perahan lemon 1jam.
 Tumis bawang putih dan bawang besar dadu, masukkan bahan sayuran yang dipotong dadu tadi, masukkan garam dan lada hitam, masak sekejap saja.
 Letakkan sayuran yang di masak tadi di atas permukaan ikan, biar rata di atas keseluruhan ikan, bakar dalam oven, suhu 180*, 20 minit. makan dengan pasta pun sodap. Cuba- cubalah ye.

Wednesday, December 7, 2011

KERABU MANGGA + DAUN SELOM ( MANGGA TANAM SENDIRI, FIRST BUAH )


   Salam, kerabu mangga yang membuka selera, macam-macam versi ada, ini adalah salah satu versi tuh, lagi pun buah mangga ni di tanam sendiri depan rumah.

 Resepi.
  Buah mangga 3 biji. di potong halus
  Cili padi------- 5 biji, potong halus
  bunga kantan------ 1/2 kuntun, potong nipis
  Bawang kecil----- 6 biji, potong nipis
  Daun selom------ 1 ikat, potong halis
  Ikan bilis------ 20 ekor, mesin kering halus
  Limau nipis------ 2 biji
  Garam + gula secukup rasa
  
  Cara membuatnya,
  Gaul semua bahan sehingga sebati, perah limau nipis dan masukkan garan dan gula secukup rasa.
   Selamat mencuba.


                                                      Kerabu mangga dengan daun selom

Monday, December 5, 2011

SELERA BANGLADESH ( MACAM MASAK LEMAK CILI PADI PUN ADA ) AYAM MASAK BANGLA ?


  Salam, hari n 3 kita lain sikit, masakan ayam ni mat2 bangla selalu masak, ni lah masakan kegemaran dia orang, rasanya memang sedap, ada pedas dan sedikit masam, tanya resepi kat mat bangla tuh, lintang pukang di sebutnya, apa pun saya cuba edit, kalau jadi lebih kurang tu kira ok lah tu.

   Resepi;
  Ayam di potong------- 1 kg
  Ubi kentang--------- 3 biji ( potong 4 )
  Bawang besar------- 4 biji}
  Bawang putih------- 5 ulas}Bahan untuk di mesin
  Halia------------ 1/2 inci}
  Cili padi-------- 10 biji}
  Kulit kayu manis----- 1 btg
  Cengkih--- 3 ulas, lawang 4 ulas
  Kunyit serbuk------ 3 sudu teh
  jintan putih--------- 3 sudu teh
  Garam secukup rasa
  Daun ketumbar------ 4 tangkai ( di potong halus )
  Buah tomato------ 4 biji ( potong 4 )
  Cara membuatnya,
  Tumis kulit kayu manis, cengkih dan lawang bersama bahan yang di mesin tadi sehingga wangi.
  Masukkan  ayam bersama ubi kentang
  Masukkan serbuk kunyit dan jintan putih dan kacau sehingga sebati, masukkan sedikit air sebagai kuah dan biarkan sehingga ayam dan ubi masak.
  Masukkan daun ketumbar dan buah tomato dan kacau rata
  
    Selamat mencuba
  .

Thursday, November 24, 2011

Pengalaman bekerja di hotel dalam kenangan, letih brader!


   Kenangan bekerja di hotel-hotel sebagai seorang chef, lompat melompat dari satu hotel ke hotel yang lain adalah perkara biasa, untuk memajukan diri dan mengejar gaji dan post yang lebih tinggi. Sekarang sudah menghampiri kemuncaknya, Alhamdulillah. 


Hotel Dayang Pj, ( sekarang Hotel Singgahsana )
(!985>> 1987 )
Holiday Villa Hotel Resort , Subang Jaya
1988 >> 1990

Shang Ri La Penang

Concord Hotel Kuala Lumpur
1991>> 1996

Concord Hotel Shah Alam, Selangor
1997>> 1999

KL Airport Service, KLIA
Inflight Catering 
2000.\>>> sampai pencen ?????

Saturday, November 19, 2011

ALA - ALA BBQ DI RUMAH

          Perlu ada tempat BBQ untuk bakar dan grill
 Salam, N3 kali ini adalah informasi untuk mengadakan majlis BBQ untuk keluarga dalam skala yang kecil dan bajet yang rendah, simple dan seronok.
                                                            


Jacket potato, gunakan pototo yang berkulit bersih( new potato )
Kalau besar potong dua, gaul potato dengan butter dan garam,
bungkus dengan aluminium foil, perap selama satu jam, bakar dalam oven
suhu 250%, 30 minit.

Garlic bread, chop bawang putih, gaul dengan butter dan garam,
sapu atas roti, saya gunakan roti hot dog, panaskan oven dulu,dah panas oven masukkan roti, bakar sehingga perang.

Spaghetti olio-olio, resepi ada kat entri yang dulu.

Salad, cherry tomato dan lolorosso

Selamat mencuba

Thursday, November 17, 2011

PUDING ROTI ISTERI


     Puding roti sempena hari Ibu yang enak dan wangi, habis satu bungkus roti di kerjakan. Dengan aroma dari serbuk buah pala dan kismis, menyelerakan.

    Resepi;
  1. 8 keping roti ( dipotong  kecil )
  2. 4 sudu besar gula halus
  3. 2 sudu besar butter ( cairkan )
  4. 2 biji telur
  5.1 sudu teh esen vanilla
  6.1 sudu besar tepung jagung
  7. 1 sudu kecil serbuk buah pala
                                                                      



    Cara membuatnya;
  1. Gaulkan bahan no. 2 hingga 7 dan pukul sehingga sebati.
  2. Susun roti di dalam loyang yang di sapu butter.
  3. Tuang bahan yang di pukul tadi di atas roti.
  4. Biarkan selama 20 minit.
  5. Taburkan kismis diatas roti.
  6. Bakar dalam oven selama 30 minit dan suhu 180%


    Untuk sos vanilla.
   1. 1 tin susu cair
   2. 2 sudu besar tepung kastad
   3. 2 sudu besar gula.
   
    Gaul semua bahan, kacau rata dan di masak dengan api perlahan sehingga pekat, makan bersama dengan puding roti.

Roti sedang di rendam

Puding telah sedia untuk di bakar
                                                                       
    Selamat mencuba, kalau tak jadi buatlah lagi.