Followers
INFO ABOUT FOOD
Monday, December 26, 2011
Family Gathering, makan-makan and makan, masak-masak also
Salam, majlis makan-makan bersama keluarga di musim cuti sekolah, window shooping kat Nilai 3, seronok dapat kumpul ramai-ramai bersama keluarga, masakan yang enak belaka.
Ayam golek Tok Sofy
Pais Ikan Siakap, soo Fresh
Ayam masak serai sayuran
Bubur asyura utara
Semuga di tahun hadapan majlis sebegini akan di adakan lagi.
Wednesday, December 21, 2011
TUKAR SELERA; SALMON BAKAR & BELL PEPPER SALSA, MUDAH AJE
Salam sejahtera, lama tak ber N3, kali ini ubah selera pulak, apa salahnya kalau sesekali masak ikan salmon, sedap juga, tak mahal rasanya, sangat mudah, cepat dan menyihatkan badan.
Resepi
Isi salmon atau isi ikan merah--- 1 atau 2 keping
Bawang besar------- 2 biji- potong dadu
Tomato--------------- 3 biji- potong dadu
Cili bulat( merah+hijau+kuning )-- 3 biji- potong dadu
Tomato prego( ada jual kat s/market)-- 1 botol
Bawang putih------ 4 ulas-- cincang halus
Garam + lada hitam--- secukup rasa
Cara membuatnya;
Perap ikan dengan garam dan perahan lemon 1jam.
Tumis bawang putih dan bawang besar dadu, masukkan bahan sayuran yang dipotong dadu tadi, masukkan garam dan lada hitam, masak sekejap saja.
Letakkan sayuran yang di masak tadi di atas permukaan ikan, biar rata di atas keseluruhan ikan, bakar dalam oven, suhu 180*, 20 minit. makan dengan pasta pun sodap. Cuba- cubalah ye.
Wednesday, December 7, 2011
KERABU MANGGA + DAUN SELOM ( MANGGA TANAM SENDIRI, FIRST BUAH )
Salam, kerabu mangga yang membuka selera, macam-macam versi ada, ini adalah salah satu versi tuh, lagi pun buah mangga ni di tanam sendiri depan rumah.
Resepi.
Buah mangga 3 biji. di potong halus
Cili padi------- 5 biji, potong halus
bunga kantan------ 1/2 kuntun, potong nipis
Bawang kecil----- 6 biji, potong nipis
Daun selom------ 1 ikat, potong halis
Ikan bilis------ 20 ekor, mesin kering halus
Limau nipis------ 2 biji
Garam + gula secukup rasa
Cara membuatnya,
Gaul semua bahan sehingga sebati, perah limau nipis dan masukkan garan dan gula secukup rasa.
Selamat mencuba.
Monday, December 5, 2011
SELERA BANGLADESH ( MACAM MASAK LEMAK CILI PADI PUN ADA ) AYAM MASAK BANGLA ?
Salam, hari n 3 kita lain sikit, masakan ayam ni mat2 bangla selalu masak, ni lah masakan kegemaran dia orang, rasanya memang sedap, ada pedas dan sedikit masam, tanya resepi kat mat bangla tuh, lintang pukang di sebutnya, apa pun saya cuba edit, kalau jadi lebih kurang tu kira ok lah tu.
Resepi;
Ayam di potong------- 1 kg
Ubi kentang--------- 3 biji ( potong 4 )
Bawang besar------- 4 biji}
Bawang putih------- 5 ulas}Bahan untuk di mesin
Halia------------ 1/2 inci}
Cili padi-------- 10 biji}
Kulit kayu manis----- 1 btg
Cengkih--- 3 ulas, lawang 4 ulas
Kunyit serbuk------ 3 sudu teh
jintan putih--------- 3 sudu teh
Garam secukup rasa
Daun ketumbar------ 4 tangkai ( di potong halus )
Buah tomato------ 4 biji ( potong 4 )
Cara membuatnya,
Tumis kulit kayu manis, cengkih dan lawang bersama bahan yang di mesin tadi sehingga wangi.
Masukkan ayam bersama ubi kentang
Masukkan serbuk kunyit dan jintan putih dan kacau sehingga sebati, masukkan sedikit air sebagai kuah dan biarkan sehingga ayam dan ubi masak.
Masukkan daun ketumbar dan buah tomato dan kacau rata
Selamat mencuba
.
Thursday, November 24, 2011
Pengalaman bekerja di hotel dalam kenangan, letih brader!
Kenangan bekerja di hotel-hotel sebagai seorang chef, lompat melompat dari satu hotel ke hotel yang lain adalah perkara biasa, untuk memajukan diri dan mengejar gaji dan post yang lebih tinggi. Sekarang sudah menghampiri kemuncaknya, Alhamdulillah.
Hotel Dayang Pj, ( sekarang Hotel Singgahsana )
(!985>> 1987 )
Holiday Villa Hotel Resort , Subang Jaya
1988 >> 1990
Shang Ri La Penang
Concord Hotel Kuala Lumpur
1991>> 1996
Concord Hotel Shah Alam, Selangor
1997>> 1999
KL Airport Service, KLIA
Inflight Catering
2000.\>>> sampai pencen ?????
Saturday, November 19, 2011
ALA - ALA BBQ DI RUMAH
Perlu ada tempat BBQ untuk bakar dan grill
Salam, N3 kali ini adalah informasi untuk mengadakan majlis BBQ untuk keluarga dalam skala yang kecil dan bajet yang rendah, simple dan seronok.
Jacket potato, gunakan pototo yang berkulit bersih( new potato )
Kalau besar potong dua, gaul potato dengan butter dan garam,
bungkus dengan aluminium foil, perap selama satu jam, bakar dalam oven
suhu 250%, 30 minit.
Garlic bread, chop bawang putih, gaul dengan butter dan garam,
sapu atas roti, saya gunakan roti hot dog, panaskan oven dulu,dah panas oven masukkan roti, bakar sehingga perang.
Spaghetti olio-olio, resepi ada kat entri yang dulu.
Salad, cherry tomato dan lolorosso
Selamat mencuba
Thursday, November 17, 2011
PUDING ROTI ISTERI
Puding roti sempena hari Ibu yang enak dan wangi, habis satu bungkus roti di kerjakan. Dengan aroma dari serbuk buah pala dan kismis, menyelerakan.
Resepi;
1. 8 keping roti ( dipotong kecil )
2. 4 sudu besar gula halus
3. 2 sudu besar butter ( cairkan )
4. 2 biji telur
5.1 sudu teh esen vanilla
6.1 sudu besar tepung jagung
7. 1 sudu kecil serbuk buah pala
Cara membuatnya;
1. Gaulkan bahan no. 2 hingga 7 dan pukul sehingga sebati.
2. Susun roti di dalam loyang yang di sapu butter.
3. Tuang bahan yang di pukul tadi di atas roti.
4. Biarkan selama 20 minit.
5. Taburkan kismis diatas roti.
6. Bakar dalam oven selama 30 minit dan suhu 180%
Untuk sos vanilla.
1. 1 tin susu cair
2. 2 sudu besar tepung kastad
3. 2 sudu besar gula.
Gaul semua bahan, kacau rata dan di masak dengan api perlahan sehingga pekat, makan bersama dengan puding roti.
Roti sedang di rendam
Puding telah sedia untuk di bakar
Selamat mencuba, kalau tak jadi buatlah lagi.
Wednesday, November 16, 2011
GULAI KAWAH TULANG RUSUK KAMBING SIMPANG TIGA, MERBOK
Salam, juadah special dari lebihan se ekor kambing yang telah di lapah dan telah di ambil isinya, yang tinggal hanyalah tulang rusuk, adalah isi sikit-sikit yang tinggal. apa lagi di buat gulai utaralah jawabnya, hasilnya memang menyelerakan, di makan panas-panas , cicah dengan roti arab, airnya pulak teh O ais, cerita pun tak kenyang, resepi, tak yah lah, ramuannya macam buat gulai atau kari biasa- biasa saja. Walaubagaimana pun terima kasih buat master chef Nizam kerana rajin masak untuk kawan- kawan.
Saturday, November 12, 2011
SRI LANKA DISH SEENI SAMBOL FROM MINTI
Thank to blogger Minti, Massacusset USA
for sharing this recepi, its nice.Seeni Sambol - a Caramelized Onion Side
This recipe is use for food presentation for new customer, its something like onion base, sweet and sour in traditional ways.
Seeni Sambol
3 large red onions peeled and sliced into half moons
1 tbs maldive Fish
1 inch ginger root, crushed
2-4 cloves garlic, crushed
1-2 tbs crushed red chilies
3 cardamoms
4 cloves
1 small sprig curry leaves
1-2 pieces pandan leaves (optional)
1 piece lemongrass, cracked well with the back of the knife(optional)
1 piece cinnamon
Salt to taste
1 tsp tamarind paste
1 tbs brown sugar
2 tbs vegetable oil
1. Mix the first 12 ingredients well.
2. Heat the oil in a cast iron skillet and add the mixed onions. Stir occasionally.
3. When the onions start turning color, turn down the heat. Keep stirring occasionally. Cover the skillet if need. 4. When the onions are almost caramelized, add the tamarind paste and brown sugar and cook until the tamarind is no longer raw.
5. Taste and adjust salt if required.
Thursday, November 10, 2011
PADPRIK DAGING BATANG PINANG ( PERASA TOMYAM )
Salam, padprik daging perasa tomyam dengan sayuran yang segar an di makan panas-panas. tentu menyelerakan, tengah mendidih tu dan masih berasap.
Senang je nak membuatnya, daging batang pinang potong nipis, potong bawang besar, ketuk serai 3 batang, ketuk bawang putih 2 ulas, tumis sampai wangi, masukan pes tomyam ikut cita rasa, kacau dan masuukan daging,kacau daging sehingga separuh masak, masukkan air sebagai kuah, masukan sayuran kacang panjang, jagung muda, bunga kobis dan carrot, kacau dan biarkan sayur dan daging empuk, so dah masak pun.
Selingan; Pilihan hidangan makan tengahari dan makan malam.
Hidangan menggunakan DOME, masakan ala India
Dory fish goreng berempah
Bunga kobis masala
Tuesday, November 8, 2011
SEGAR, PANAS DARI DALAM KUALI, PESAMAH TELOR DAN NENAS ?
Salam, juadah hari raya aidil adha untuk di makan bersama ketupat, lemang dan nasi impit, dengan nasi biasa pun sodap, ada rasa kari, masam nenas dan manis secukup rasa.
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yg di mesin juga biji sawi, masukkan rempah kari dan jintan putih, sampai pecah minyak, masukkan sedikit air, yogart dan santan, masukkan nenas dan telur rebus yang di goreng,
masukkan sedikit kerisek, garam dan gula secukup rasa, biar didihkan sekejap sehingga naik minyak. Dah siap pun, selamat menjamu selera.
HANYA UNTUK SELINGAN, KOMBINASI HIDANGAN MAKAN MALAM DAN SUPPER
Kombinasi hidangan makan malam dan supper untuk 10 orang
Ayam masak halia dan oyster
Nasi goreng telur dengan ikan bilis silver
Kentang bakar bersama rosmary herb
Taugeh goreng bersama ikan kurau masin
Wednesday, November 2, 2011
KOMBINASI MASAKAN TIMOR DAN BARAT
Set Muhibbah untuk makan malam untuk tetamu dari pelbagai negara.
Ada masakan barat, India dan malaysia.
Creamy chicken mushroom with chop parsley.
makanan barat.
Sauted Fettuchini Pasta With Garlic
Makanan Barat.
Ini tentulah makanan ruji rakyat malaysia dan Asia,
Basmati Pilaf dengan Kismis.
Sauted French Bean With Chilly
Sayuran Kekacang yang terkenal
di seluruh dunia.
Selamat menjamu mata, dan resepi akan menyusul kemudian.
Tuesday, November 1, 2011
INFLIGHT CATERING FOOD PRESENTATION FOR NEW CUTOMER AIRLINE
Orang kuat Hot Kit dan Baker, kiri, Master Chef
Otai Tan Wee Deck, tengah Master Chef Baker Shahril,
kanan, Master Chef Abe lan. Good job brother.
Contoh makanan untuk Business Class dan First Class
Otai Tan Wee Deck, tengah Master Chef Baker Shahril,
kanan, Master Chef Abe lan. Good job brother.
Contoh makanan untuk Business Class dan First Class
Contoh makanan untuk Economy Class
Pilihan makanan untuk lunch, dinner,
breakfast, supper, light meal, child meal, special meal.
Sarapan pagi untuk Business Class
Open Sandwich untuk Business Class
Ini adalah sebahagian dari hasil kerja selama 36 jam tanpa henti dari peringkat penyedian hinggalah seperti yang tertera di dalam gambar di atas, rasa letih tak payahlah kita kongsi di sini . Selamat datang ke dunia makanan di atas awan.
Wednesday, October 26, 2011
PENBUKA SELERA , ACAR JERUK BUAH - BUAHAN CHEF LAN
Acar jeruk buah-buahan sentuhan Chef Lan yang menyelerakan dan warna - warni. Sangat mudah untuk membuatnya. Gunakan jeruk buah pala, betik, mangga, ceri merah dan hijau, juga buah kedongdong. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang merah, bawang putih, halia blend, tumis cili kering blend, cili sos, tomato sos, gula, garam, cuka, masukkan buah- buahan jeruk tadi, masak sekejap, dah pun masak. Tq Chef Lan.
Subscribe to:
Posts (Atom)