Followers

Sunday, January 8, 2012

UDANG KARA BAKAR LAGI ( LOBSTER TERMIDOR ) STEP BY STEP

                                                Cadangan hidangan udang kara bakar

                                                        Udang kara segar 600 gm  








Isi udang kara yang telah di bersihkan





                                                         

 

              





Isi udang kara yang di masak bersama sos putih dan   cendawan shitake       
                                                                                 
                                                                                                                                 

 
Isi udang kara yang di isi dalam kulit yang telah di goreng. Tabur parmesan cheese diatas isi udang

                           
                                                            Udang kara yang telah di bakar    
                                                                    
 Untuk resepinya, sila tengok di N3 uadang kara high taste, selamat mencuba











                                                                                                  


                                            
                                                                                                           

Friday, January 6, 2012

PEKERJAAN DAN PEMBELAJARAN, SEIRING JALAN, TAPI MEMENATKAN

 
1986

to

200?                                                                                  UTM 2011

                                                                                                                                                                                                        

Chef kerjaya diiktiraf profesional                                                                
                                                                                                                                                                                
   JIKA dulu, masyarakat mempunyai stigma negatif terhadap kerjaya chef yang diceburi lelaki, kini tidak lagi malah semakin    mendapat pengiktirafan hingga peringkat antarabangsa.Tanpa mengira gender, kalangan chef sentiasa bekerjasama menyediakan dan menyajikan pelbagai juadah enak hingga menyebabkan masyarakat sukar menolak kepentingan kerjaya ini. Chef adalah nama profesional bagi mereka yang terbabit dalam industri penyediaan makanan. Ia menunjukkan kerjaya ini diiktiraf profesional. Dikatakan perkataan chef berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud ketua atau pemimpin di dapur dan mula diguna pakai sejak abad ke-19.Ada pelbagai kategori chef dan kebanyakan dilabelkan mengikut sistem tertentu yang dikenali sebagai Brigade de cuisine. Bagaimanapun, tidak semua menggunakan perkataan chef bagi menggambarkan seseorang itu menjadi ketua tukang masak atau berkhidmat sebagai chef kerana bergantung pada sesuatu organisasi.

Beberapa kategori chef yang popular dan sering diguna pakai ialah:

Chef de Cuisine, bermaksud ketua tukang masak ataupun chef eksekutif. Digunakan secara meluas di Perancis dan negara Eropah terutama bagi menyediakan perkhidmatan golongan bangsawan dan kaya.

Sous chef , lebih dikenali sebagai pembantu kepada Chef de Cuisine. Bertanggungjawab menyediakan segala keperluan mahupun mengambil alih tugas Chef de Cuisine sekiranya tiada. Khidmat Sous chef biasanya tidak diperlukan oleh organisasi kecil namun bagi organisasi besar perlu mempunyai beberapa Sous chef bagi melancarkan operasi.

Chef de Partie juga dikenali sebagai chef stesen yang bertanggungjawab menjaga beberapa bahagian di dapur. Bagi organisasi besar seperti hotel, chef ini akan dibantu oleh beberapa tukang masak. Tanggungjawabnya dibahagikan mengikut hierarki.

Pastry Chef bertanggungjawab menyediakan manisan seperti kek, pastri dan pencuci mulut. Dalam organisasi besar, chef ini akan mempunyai dapur atau kedai berasingan meskipun bekerja di bawah satu bumbung dengan chef lain.

Kini banyak institusi awam atau swasta memberi peluang sesiapa berminat mengikuti pelbagai kursus penyediaan makanan. Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Management Science University (MSU) adalah antara institusi terkenal yang mempunyai prasarana lengkap bagi melahirkan chef terbaik pada masa depan.

Tuesday, January 3, 2012

IKAN MERAH PERCIK TITI SEMELING ?


   Salam tahun baru 2012, tahun baru dan azam baru juga semangat baru, bermotivasi dan dedikasi, kali ini mari kita masak ikan merah percik pula, selalunya ayam percik, sesekali tukar selera.

   Resepi;
   Ikan merah----- 1 ekor, potong sederhana saiz
   bawang besar----- 3 biji]
   serai---------- 5 batang}
   buah keras----- 5 biji}              } bahan untuk dikisar halus
   bawang putih---- 4 ulas}
   cili boh------ 4 sudu besar}
   kunyit hidup---- 1/2 inci}
   bawang goreng---- 3 sudu besar}
   santan pekat------ 1/2 cawan
   garam+gula--- secukup rasa
    
   Cara membuatnya;
   Campurkan bahan yang di kisar bersama santan, gula dan garam, kemudian gaul bahan-bahan tadi dengan ikan yang telah di potong dan perap selama 30 minit, panaskan oven dan bakar ikan dengan suhu 180* c,30 minit

                                                                         Percik sos
    
    Resepi percik sos sama seperti di atas, cuma perlu di tambah santan 1 liter dan bahan perasa dan juga pekatkan sos.

                                          Ayam percik siap di bakar,

                                     Selamat mencuba.         

Monday, December 26, 2011

Family Gathering, makan-makan and makan, masak-masak also


     Salam, majlis makan-makan bersama keluarga di musim cuti sekolah, window shooping kat Nilai 3, seronok dapat kumpul ramai-ramai bersama keluarga, masakan yang enak belaka.
                                                                                   
                                                Ayam golek Tok Sofy
                               
                                                  Pais Ikan Siakap, soo Fresh
                                                                 
                                                   Ayam masak serai sayuran 

                                                           Bubur asyura utara

      Semuga di tahun hadapan majlis sebegini akan di adakan lagi.                                                     

Wednesday, December 21, 2011

TUKAR SELERA; SALMON BAKAR & BELL PEPPER SALSA, MUDAH AJE

  
    Salam sejahtera, lama tak ber N3, kali ini ubah selera pulak, apa salahnya kalau sesekali masak ikan salmon, sedap juga, tak mahal rasanya, sangat mudah, cepat dan menyihatkan badan.

Resepi
 Isi salmon atau isi ikan merah--- 1 atau 2 keping
 Bawang besar------- 2 biji- potong dadu
 Tomato--------------- 3 biji- potong dadu
 Cili bulat( merah+hijau+kuning )-- 3 biji- potong dadu
 Tomato prego( ada jual kat s/market)-- 1 botol
 Bawang putih------ 4 ulas-- cincang halus
 Garam + lada hitam--- secukup rasa


                                                                      
 
 Cara membuatnya;
 Perap ikan dengan garam dan perahan lemon 1jam.
 Tumis bawang putih dan bawang besar dadu, masukkan bahan sayuran yang dipotong dadu tadi, masukkan garam dan lada hitam, masak sekejap saja.
 Letakkan sayuran yang di masak tadi di atas permukaan ikan, biar rata di atas keseluruhan ikan, bakar dalam oven, suhu 180*, 20 minit. makan dengan pasta pun sodap. Cuba- cubalah ye.

Wednesday, December 7, 2011

KERABU MANGGA + DAUN SELOM ( MANGGA TANAM SENDIRI, FIRST BUAH )


   Salam, kerabu mangga yang membuka selera, macam-macam versi ada, ini adalah salah satu versi tuh, lagi pun buah mangga ni di tanam sendiri depan rumah.

 Resepi.
  Buah mangga 3 biji. di potong halus
  Cili padi------- 5 biji, potong halus
  bunga kantan------ 1/2 kuntun, potong nipis
  Bawang kecil----- 6 biji, potong nipis
  Daun selom------ 1 ikat, potong halis
  Ikan bilis------ 20 ekor, mesin kering halus
  Limau nipis------ 2 biji
  Garam + gula secukup rasa
  
  Cara membuatnya,
  Gaul semua bahan sehingga sebati, perah limau nipis dan masukkan garan dan gula secukup rasa.
   Selamat mencuba.


                                                      Kerabu mangga dengan daun selom

Monday, December 5, 2011

SELERA BANGLADESH ( MACAM MASAK LEMAK CILI PADI PUN ADA ) AYAM MASAK BANGLA ?


  Salam, hari n 3 kita lain sikit, masakan ayam ni mat2 bangla selalu masak, ni lah masakan kegemaran dia orang, rasanya memang sedap, ada pedas dan sedikit masam, tanya resepi kat mat bangla tuh, lintang pukang di sebutnya, apa pun saya cuba edit, kalau jadi lebih kurang tu kira ok lah tu.

   Resepi;
  Ayam di potong------- 1 kg
  Ubi kentang--------- 3 biji ( potong 4 )
  Bawang besar------- 4 biji}
  Bawang putih------- 5 ulas}Bahan untuk di mesin
  Halia------------ 1/2 inci}
  Cili padi-------- 10 biji}
  Kulit kayu manis----- 1 btg
  Cengkih--- 3 ulas, lawang 4 ulas
  Kunyit serbuk------ 3 sudu teh
  jintan putih--------- 3 sudu teh
  Garam secukup rasa
  Daun ketumbar------ 4 tangkai ( di potong halus )
  Buah tomato------ 4 biji ( potong 4 )
  Cara membuatnya,
  Tumis kulit kayu manis, cengkih dan lawang bersama bahan yang di mesin tadi sehingga wangi.
  Masukkan  ayam bersama ubi kentang
  Masukkan serbuk kunyit dan jintan putih dan kacau sehingga sebati, masukkan sedikit air sebagai kuah dan biarkan sehingga ayam dan ubi masak.
  Masukkan daun ketumbar dan buah tomato dan kacau rata
  
    Selamat mencuba
  .