Followers

Saturday, January 14, 2012

NASI KAPSA TIMOR TENGAH BERAS BASMATI


   Salam sejahtera, N3 kali ini adalah menu nasi kapsa yang berasal dari negara arab, sebenarnya nasi kapsa ini ada banyak versi juga, ini versi yang senang, senang nakdapat bahan-bahan masakan dari sini, cuma kita kekalkan rasanya sedikit sebanyak.

    Resepi;

   Beras basmati----------- 1 kg
   Bawang besar----------- 2 biji-- di mayang nipis
   bawang putih------------ 3 ulas
   Halia--------------------- 1/2 inci-- potong nipis
   Tomato puri-------------- 3 sudu makan
   Buah tomato-------------- 2 biji---potong 4
   Cili hijau------------------- 2 biji------ belah 2
   Bay leaf-------------------- 2 helai
   Kunyit---------------------- 1/2 sudu teh
   Kulit kayu manis------------- 1 batang
   Buah pelaga------------------- 5 biji
   Lada hitam-------------------- 5 biji 
   Minyak sapi------------------- 2 sudu makan
   Garam------ secukup rasa
   Air rebusan ayam untuk memasak nasi secukupnya.

Cara membuat;
1, Panaskan minyak sapi, tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga wangi.
2. Masukkan tomato puri, buah tomato dan cili hijau dan bay laef, kacau sehingga tomato puri masak.
3. Masukkan air rebusan ayam dan kacau sehingga rata dan masukkan beras dan kacau sehinggga rata, tutup rice cooker dan biarkan sehingga masak.
                                                                                
                                        Nasi kapsa yang siap di masak

                                Selamay mencuba

Friday, January 13, 2012

CHEF TABLE; FETTUCHINI DENGAN DADA AYAM BERINTI CHEESE DAN ROSMARY SOS


  Salam sejahtera, N3 kali ini saya sajikan hidangan barat untuk makan tengahari yang di sediakan oleh Chef Zaidi untuk hidangan Chef Table. Untuk pengetahuan semua, chef table adalah satu aktiviti dimana ia di praktikkan di hotel-hotel yang bertaraf bintang,, saya pernah melalui suasana ini, sungguh menyeronokkan, kerana dapat merasa masakan kegemaran chef yang kena giliran masak untuk Chef Table,
   Saya juga pernah merasa giliran memasak untuk chef table, gementar juga nak masak untuk kawan-kawan yang master dalam masakan, ahli chef table selalunya terdiri dari Executive chef, Sous chef, Banquet chef, Malay chef dan FB Manager. Sekarang setahu saya aktiviti sebegini tidak ada lagi,

                                                                                   

                                                         Selamat menjamu mata.

Tuesday, January 10, 2012

TEH TARIK DAN ROTI CANAI SINARAN LCCT FOOD COURT9 suka-suka )

                         Air teh tarik yang berbuih amat popular di kawasan tropika.
 

Teh tarik

Daripada Wikipedia,
Teh tarik merujuk kepada air teh bersusu yang dicurah antara dua koleh bagi menyejukkannya dan menjadikan ia berbuih. Ia merupakan minuman yang digemari di kawasan tropika. Teh tarik menjadi minuman pilihan sepanjang masa, siang dan malam bagi penggemarnya.
Teh tarik dan teh ais merupakan minuman yang dikaitkan dengan warung dan kedai mamak. Ia lazat diminum bersama-sama hidangan nasi lemak, roti canai, roti telur, roti tempayan, dll.
Teh tarik biasanya dibuat dengan menggunakan teh serbuk yang murah dan dibeli secara pukal (pada kebiasaanya). Serbuk teh ini akan dibancuh dan ditapis dengan menggunakan tapisan kain.
Teh tarik pernah diburuk-burukkan oleh khabar angin yang mendakwa bahawa minuman teh tarik dicampur dengan sabun serbuk bagi menambah buihnya.
Buih teh tarik tersebut sebenarnya terbentuk disebabkan ia dicurah diantara dua koleh dan kepekatan kandungan gula dalam air teh menyebabkan buih yang terbentuk dapat bertahan lama. Cara yang sama digunakan bagi mengekalkan buih sabun ketika bermain buih sabun. Cuma tambahkan gula kedalam larutan sabun bagi menjadikan buih sabun tahan lebih lama.

                                                                                                            

                                                                             
      Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.
      Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.
    Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.

 Roti Telur, dicampurkan dengan telur selepas doh roti ditebarkan.
Roti Sardin, dicampurkan dengan sardin dalam tin bersama sos tomato dan diletak bawang yang didadukan.
Roti Telur Bawang, dicampurkan dengan telur bersama penggunaan bawang merah yang banyak.
Roti Pisang, dicampurkan dengan pisang yang telah dilenyek.
Roti Bom juga dipanggil roti boom, jenis roti canai yang dibuat bentuknya kecil dan lebih tebal dari roti canai. Adunan doh dan cara penebaran dan canai, adalah sama dengan roti canai.
Roti Planta, dicampurkan dengan marjerin yang banyak. Penggunaan nama Planta dibelakang kerana ia adalah satu jenama marjerin yang popular di Malaysia, kerana penggunaanya oleh orang Malaysia.
Roti Petak, atau roti canai sebenarnya, penggunaan nama ini bukan secara umum, penggunaan ini digunakan segelintir oleh orang Malaysia kerana mahu roti canai yang baru dibuat dan dimasak. Kebanyakkan roti canai(berbentuk bulat), telah siap dimasak awal-awal dan akan dipanaskan semula bila dipesan.
Roti Banjir, adalah roti canai yang telah dipotong kecil-kecil, dan dicampurkan kuah dal atau kuah kari yang banyak. Sambal akan diletak sedikit.

sumber;

photocom90 ;Tourism Penang


Monday, January 9, 2012

AYAM MASSAMAN, SELERA DARI SIAM


   Salam sejahtera buat semua, N 3 kali ini kita cuba buat masakan thailand pula, susah nak dapat masakan ni kat kedai tom yam, cuba-cubalah kita buat dan apa rasanya.
   
     Resepi;

  Ayam------- 1 kg-- potong 16

  Bahan untuk di mesin;

  Bawang besar---- 100gm
  Bawang putih-----30 gm
  serai----------------50 gm
  Halia----------------20 gm
  Lengkuas-----------50 gm
  Belacan-------------50 gm
--------------------------------
 Cili boh---------------- 100 gm
 Serbok cili------------- 30 gm
 Rempah kurma--------100 gm
 Thai cili sos-------------100 gm
  Santan pekat----------- 1 liter
  Kulit kayu manis------ 1 batang
  Cengkih----------------- 3 biji
   Lawang----------------- 3 biji
   Buah pelaga------------ 4 biji
   Ubi kentang------------- 3 biji--potong dadu
   Kacang tanah----------- 50 gm--- rebus sehingga lembut dan crunchy



 Cara membuatnya;

 1. Tumis kayu manis, cenkih, lawang, buah pelaga bersama bahan yang di mesin tadi sehingga wangi.
 2. Masukkan cili boh, cili serbok dan rempah kurma dalam bahan tumisan tadi dan kacau sehingga pecah mnyak.
 3. Masukkan ayam dan kacau sehingga rata, maskkan santan dan ubi kentang , kacau dan didihkan sehingga ayam dan ubi lembut.
 4. masukkan kacang tanah yang di rebus tadi dan bahan perasa dan biarkan sebentar.
 5. Dah pun masak, makan bersama b nasi beras wangi.

     Selamat mencuba. 

Sunday, January 8, 2012

UDANG KARA BAKAR LAGI ( LOBSTER TERMIDOR ) STEP BY STEP

                                                Cadangan hidangan udang kara bakar

                                                        Udang kara segar 600 gm  








Isi udang kara yang telah di bersihkan





                                                         

 

              





Isi udang kara yang di masak bersama sos putih dan   cendawan shitake       
                                                                                 
                                                                                                                                 

 
Isi udang kara yang di isi dalam kulit yang telah di goreng. Tabur parmesan cheese diatas isi udang

                           
                                                            Udang kara yang telah di bakar    
                                                                    
 Untuk resepinya, sila tengok di N3 uadang kara high taste, selamat mencuba











                                                                                                  


                                            
                                                                                                           

Friday, January 6, 2012

PEKERJAAN DAN PEMBELAJARAN, SEIRING JALAN, TAPI MEMENATKAN

 
1986

to

200?                                                                                  UTM 2011

                                                                                                                                                                                                        

Chef kerjaya diiktiraf profesional                                                                
                                                                                                                                                                                
   JIKA dulu, masyarakat mempunyai stigma negatif terhadap kerjaya chef yang diceburi lelaki, kini tidak lagi malah semakin    mendapat pengiktirafan hingga peringkat antarabangsa.Tanpa mengira gender, kalangan chef sentiasa bekerjasama menyediakan dan menyajikan pelbagai juadah enak hingga menyebabkan masyarakat sukar menolak kepentingan kerjaya ini. Chef adalah nama profesional bagi mereka yang terbabit dalam industri penyediaan makanan. Ia menunjukkan kerjaya ini diiktiraf profesional. Dikatakan perkataan chef berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud ketua atau pemimpin di dapur dan mula diguna pakai sejak abad ke-19.Ada pelbagai kategori chef dan kebanyakan dilabelkan mengikut sistem tertentu yang dikenali sebagai Brigade de cuisine. Bagaimanapun, tidak semua menggunakan perkataan chef bagi menggambarkan seseorang itu menjadi ketua tukang masak atau berkhidmat sebagai chef kerana bergantung pada sesuatu organisasi.

Beberapa kategori chef yang popular dan sering diguna pakai ialah:

Chef de Cuisine, bermaksud ketua tukang masak ataupun chef eksekutif. Digunakan secara meluas di Perancis dan negara Eropah terutama bagi menyediakan perkhidmatan golongan bangsawan dan kaya.

Sous chef , lebih dikenali sebagai pembantu kepada Chef de Cuisine. Bertanggungjawab menyediakan segala keperluan mahupun mengambil alih tugas Chef de Cuisine sekiranya tiada. Khidmat Sous chef biasanya tidak diperlukan oleh organisasi kecil namun bagi organisasi besar perlu mempunyai beberapa Sous chef bagi melancarkan operasi.

Chef de Partie juga dikenali sebagai chef stesen yang bertanggungjawab menjaga beberapa bahagian di dapur. Bagi organisasi besar seperti hotel, chef ini akan dibantu oleh beberapa tukang masak. Tanggungjawabnya dibahagikan mengikut hierarki.

Pastry Chef bertanggungjawab menyediakan manisan seperti kek, pastri dan pencuci mulut. Dalam organisasi besar, chef ini akan mempunyai dapur atau kedai berasingan meskipun bekerja di bawah satu bumbung dengan chef lain.

Kini banyak institusi awam atau swasta memberi peluang sesiapa berminat mengikuti pelbagai kursus penyediaan makanan. Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Management Science University (MSU) adalah antara institusi terkenal yang mempunyai prasarana lengkap bagi melahirkan chef terbaik pada masa depan.

Tuesday, January 3, 2012

IKAN MERAH PERCIK TITI SEMELING ?


   Salam tahun baru 2012, tahun baru dan azam baru juga semangat baru, bermotivasi dan dedikasi, kali ini mari kita masak ikan merah percik pula, selalunya ayam percik, sesekali tukar selera.

   Resepi;
   Ikan merah----- 1 ekor, potong sederhana saiz
   bawang besar----- 3 biji]
   serai---------- 5 batang}
   buah keras----- 5 biji}              } bahan untuk dikisar halus
   bawang putih---- 4 ulas}
   cili boh------ 4 sudu besar}
   kunyit hidup---- 1/2 inci}
   bawang goreng---- 3 sudu besar}
   santan pekat------ 1/2 cawan
   garam+gula--- secukup rasa
    
   Cara membuatnya;
   Campurkan bahan yang di kisar bersama santan, gula dan garam, kemudian gaul bahan-bahan tadi dengan ikan yang telah di potong dan perap selama 30 minit, panaskan oven dan bakar ikan dengan suhu 180* c,30 minit

                                                                         Percik sos
    
    Resepi percik sos sama seperti di atas, cuma perlu di tambah santan 1 liter dan bahan perasa dan juga pekatkan sos.

                                          Ayam percik siap di bakar,

                                     Selamat mencuba.