Followers

Saturday, July 23, 2011

SELERA MASAKAN CINA; AYAM OYSTER DAN GAJUS


    
     Salam ukhuwah buat semua, selamat berhujung minggu, minggu terakhir di bulan syaaban, dan ramadhan akan menjelma, borang cuti raya dah mula memenuhi meja, bulan ni lah paling mencabar nak buat jadual kerja, tapi tak mengapa kerana sendiri mau ingat, tahun lepas sudah cuti maa!
     Lupakan soal cuti tu, baik kita tengok juadah kita kali ni, juadah kita kali ini ialah ayam oyster dengan gajus. Salah satu makanan cina yang terkenal dan sangat mudah untuk di buat serta bahan- bahan yang di gunakan juga tidak susah untuk mencarinya. Mari kita belek-belek resepinya.

   Resepi.
   1. Isi ayam----------500gm( lebih elok kalau dibuang tulang )
   2. Bawang putih------4 ulas} mesin
   3. Halia---------------- 1 inci} dimayang nipis
   4.Oyster sos----------- 4 sudu makan
   5.Kicap pekat--------- 1 sudu teh
   6.Minyak bijan------- 1 sudu teh
   7.Tepung jagung----- 1 sudu makan( untuk memekatkan kuah )
   8. Biji gajus----------- 10 biji} di goreng
   9. Cili kering---------- 3 biji}potong dan di goreng
   10. Garam+lada putih------- secukup rasa
       Cili merah dan hijau untuk hiasan
   Cara membuatnya;
   1. Gaul isi ayam dengan tepung jagung dan telur sehingga sebati.
   2. Goreng ayam tadi sehingga rangup dan kekuningan.
   3. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi, masukkan  oyster sos dan kacau sebentar.
   4. Masukkan air( jangan banyak) biarkan sehingga mendidih.
   5. Masukkan ayam yang di goreng kedalam kuah dan biarkan sebentar.
   6. Masukkan kicap pekat dan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
   7. Masukkan minyak bijan dan bahan perasa.
       Hiaskan dengan biji gajus, cili kering dan cili merah/hijau.
       Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment