Followers

Wednesday, August 3, 2011

UDANG KARA ( LOBSTER ) TERMIDOR, HIGH TASTE

                                               UDANG KARA ( LOBSTER TERMIDOR )
  
     Salam ukhuwah semua, cepat sungguh waktu beredar, puasa pun dah masuk hari ke empat. Pasar dan bazar ramadhan semakin sesak, parking pun susah, tapi kebanyakan kuih yang di beli hanyalah kuih janji siap, konsep peniaga kuih macam ni ialah bukan aku yang nak makan dan bukan aku yang nak beli, maka jadilah kuih yang rasanya tah apa-apa, kalau dah niat pun tak baik, macammana nak dapat keberkatan atas rezeki yang dapat.
     Kali ini n3 lain sikit, kita pergi jauh sikit kat eropah sinun, namanya lobster termidor( uadang galah yang besar, kat serawak boleh dapat saiz yang besar). Kat sini kalau tak boleh dapat lobster tu, kita guna isi udang sederhana size pun boleh,kita bake dalam pyrex atau loyang pun boleh. Guna kulit lobster macam dalam gambar tu hanya untuk presentation saja. Mari lita tengok resepi, bahan2 yang kita boleh dapat disini.
       
     Resepi 1 -- untuk isi udang.
    1. Udang sederhana saiz-------------------- 500gm
    2. Cendawan dalam tin--------------------- 1 tin(kalau dapat yg fresh lagi bagus )
    3. Parmesan cheese-------------------------- 1 sudu makan( cheese yang di parut )
    4. Bawang putih----------------------------- 4 ulas ( di cincang halus )
    5. Serbuk buah pala------------------------- 1/2 sudu teh
    6. Butter--------------------------------------- 1 sudu makan.
     Cara memasak isi udang;
    1. Isi udang di buang kulit dan di potong 3 bahagian
    2. Panaskan butter dan tumis bawang putih sehingga wangi.
    3. Masukkan isi udang dan tumis sehingga isi udang masak.
    4. Masukkan cendawan dan serbuk buah pala seta bahan perasa dan dah siap.



     Resepi 2-- untuk sos putih (bechamel sauce namanya )
   1. Butter------------------ 4 sudu makan
   2. Tepung gandum------- 3 sudu makan
   3. Susu segar-------------- 2 cawan
   4. Garam+ lada putih--- secukup rasa
     Cara membuatnya;
   1. Cairkan butter.
   2. Masukkan tepung kedalam butter ( gunakan pemukul telur untuk kacau, api perlahan, takut tepung hangit )
   3. Masukkan susu dan kacau sehingga pekat, jangan biarkan mendidih, panas dah cukup.
4. Masukkan bahan perasa.
   


Isi udang dan sos putih siap untuk di bakar 

Resepi 3--- sentuhan akhir.

1. Masukkan sos putih tadi kedalam isi udang dan kacau( jangan masukkan sos putih terlalu banyak). Tak payah masak lagi. Tunggu untuk di bakar.
    2. Masukkan kedalam bekas tahan bakar dan taburkan cheese di bahagian atas udang.
    3. bakar dengan suhu 180* c, selama 30 minit( hati-hati, jangan sampai hangus bahagian atas ).
       Senang aja kan, simple dan selamat mencuba, makan dengan spaghetti atau pasta lain.
    
        

3 comments:

  1. salam chep..besnye lobster saya tak penah makan udang besa2 ni hehe..tp betul kata chep memang kebanyakan kueh / lauk yg jual tuh cm asal ada aje..saya yg tak pandai masak ni pon rasa lebih sedap dr beli kat gerai tuh huhuhu...

    ReplyDelete
  2. adui....sy yg duk sabah ni pon belom lagi makan lobster. kalau makan di restoran ocean king sandakan, harga lobster yg dimasak 100 gram = RM10..pendek kata kalau gi sana kene bawak duit lebih RM100 la...

    ReplyDelete
  3. salam chep...wahh peromot udang dia bes ek..hehe buat kecur air liur orang jauh aje :P

    ReplyDelete