Followers

Tuesday, August 2, 2011

CHUNKY SPAGETTI + SHITAKE MUSHROOM ( MAKANAN SIHAT )


      Salam ramadhan semua, tu-tup dah nak masuk hari ketiga kita berpuasa, macam-macam juadah ada, kebanyakkannya juadah tradisional dan citarasa melayu, N3 kali ini kita masak makanan barat yang sangat simple tapi sedap dan menyihatkan. Kat dalam gambar tu masakan masih berada dalam pan lagi, masih dalam proses memasak, nampak fresh sikit. Mari kita tengok resepi.

     Resepi;
    1. Spaghetti---------------------- 1/2 peket.
    2. Udang saiz sederhana------- 20 ekor} buang kulit.
    3. Cheery tomato----------------- <> 10 biji
    4. Cendawan shitake atau sendawan butang---- 10 biji
    5. Minyak zaitun-------------------------------- 2 sudu makan.
    6. bawang putih----------------------- 4 ulas } di cincang halus
    7. Garam + lada putih--- secukup rasa

     Cara membuatnya;
    1. Rebus spaghetti sehingga separuh masak, jangan terlalu masak( istilah chef untuk separuh masak ialah Al- Dente)
    2. Tumis bawang putih sehingga wangi, masukkan udang dan kacau sehingga udang masak.
    3. masukkan spaghetti dan kacau sebentar.
    4. masukkan cheery tomato dan cendawan dan kacau sehingga masak.
    5. Masukkan bahan perasa dan boleh di hidangkanpanas-panas.
         Selamat mencuba.
   

2 comments:

  1. western nampaknya bro... yummy

    ReplyDelete
  2. chep, maksudnye spegeti ni kering la ek taderk kuah? hehehe

    ReplyDelete