Followers

Monday, August 8, 2011

AYAM GORENG TOYU SIMPLE & CHAP-CHAP UNTUK SAHUR


     Salam ramadhan buat peninjau2 dan pemburu resepi, ada masa lagi nak masak, sediakan bahan dan masak, semudah itu? Anggaplah masak itu satu hobi dan bukan bebanan. nak masak sahur, kadang2 masalah juga, tak sempat dan panaskan lauk berbuka, boleh asalkan jangan membazir. Tapi kalau nak masak fresh apa salahnya, Lagi sodap dan membuka selera. Dah la tu, jom kita ushar resepi pulak.

     Resepi;
    1. Ayam------------------500gm} potong kecil, cepat masak.
    2. Bawang besar--------------- 1 biji}belah 2, potong nipis
    3. Halia------------------------- 1/2 inci} potong halus
    4. Bawang putih---------------- 2 ulas} potong nipis
    5.Kicap pekat------------------- 1 sudu makan
    6. Kicap cair--------------------- 2 sudu makan.
    7. Cili sos------------------------ 2 sudu makan
    8. Tomato sos------------------- 2 sudu makan
    9. Garam dan lada putih--- secukup rasa dan sedikit air untuk kuah chap-chap.
    Cara membuatnya;
   1. Goreng ayam sehingga masak.
   2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga wangi.
   3. Masukkan cili sos, tomato sos dan sedikit air, kacau.
   4. Masukkan kicap cair dan ayam serta bahan perasa.
   5. Masukkan kicap pekat dan kacau rata.
   6.Hiaskan dengan tomato dan daun bawang.
    Selamat mencuba.
 
  

3 comments:

  1. Salam kembali!! waahhhhh! chef kerja kat KLIA ya? kat mana tu?? hihihi nanti kalau balik mesia leh singgah tempat chef kerja :D Ayam goreng Toyu? toyu tu apa eak? :D kita ni jakun sikit :D

    ReplyDelete
  2. Owwwhhhh... org utara yerrr kita selain jawa tak reti lerr nak ckp loghat2 lain :D nak tukar bidang mean nak bukak topi chef ke? bukak lah cafe mesti ada org dtg nanti ;-) Toyu>>dah mcm bunyi jepun syoyu ada yu yu kat belakangnyer tu :D apa pun gd luck to u! semoga jumpa bidang yg betul2 diminati insyaAllah!

    ReplyDelete
  3. Assalam..sib baik betul. Belom dpt jwpn dah buat smlm. Anak kata mama buat kali ni sedap so lain kali buat cam ni.tq..

    ReplyDelete