Followers

Thursday, March 22, 2012

SOS OH SOS DAN PERANANNYA DALAM MASAKAN


  Salam semua, kali ini kita akan bercerita mengenai sos dan peranannya dalam masakan, buku oren di atas merupakan buku masakan kegemaran saya semasa dalam industri hotel dulu, kira saya punya thumbdrive zaman sekarang, judul dia The New Art Of Indinesian Cooking, hasil usaha Executive Chef Detlef Skrobanek dan staff Kitcnen Jakarta Hilton, di terbitkan pada tahun 1998, sangat menarik bukunya dan banyak benda yang dapat di pelajari mengenai makanan orang melayu nusantara yang di Fine dan di eksklusifkan. Sekarang tak tahu sama ada masih ada dalam pasaran. Bukan sedikit jasa buku ini pada saya, dulu nak masak untuk Royal Selangor function bersama Chef Abdul Mydin, buku inilah jadi penyelamat.
 
                              Ini semuanya sos masakan melayu di modenkan cara
                               penyediaannya.

               
  SOS sangat penting untuk sesuatu masakan. Sesetengah makanan perlu kita nikmati bersama sos dan sudah semestinya ia mempunyai fungsinya tersendiri.Terdapat pelbagai sos yang boleh anda buat sendiri bergantung kepada kreativiti di rumah dan jenis makanan. Sama ada ia adalah makanan yang masin atau pencuci mulut manis. Sos merupakan cecair yang berkrim likat atau separa yang digunakan dalam masakan.
     Sebenarnya sos berfungsi untuk menambah rasa kepada makanan , melembapkan, memberi khasiat tambahan dan menaikkan seri serta selera sesuatu makanan itu apabila ia dicurahkan.Kesannya ia kelihatan lebih menarik untuk dinikmati. Ada sos diperbuat daripada komponen cecair dan asas sos yang baik adalah menggunakan stok yang berkualiti.

                                                                                                           
      Namun demikian ada juga sos yang kurang menggunakan cecair. Contohnya yang menggunakan buah-buahan dan sebagainya. Tekstur bahan itu agak pejal dan sedikit sahaja air digunakan.Sekarang ada sesetengah sos yang sudah dikomersialkan dan mudah dibeli di pasar raya seperti sos barbeque, sos worcestershire dan pelbagai sos untuk pasta.Kuantiti dan kualiti sos tidak akan pernah susut. Selagi kita dapat menghasilkan pelbagai makanan yang sedap maka sos yang enak dan istimewa juga dapat dihasilkan.
     Dalam masakan Perancis sos merupakan kriteria utama dan penting yang diutamakan dalam masakan mereka sejak zaman pertengahan dahulu. Beratus-ratus koleksi sos yang dianggap klasik yang memberikan karakter dan dapat menterjemahkan identiti kepada makanan Perancis itu sendiri.Pada abad ke-19 dan ke-20 bapa kepada chef-chef di seluruh dunia dan merupakan legenda kepada dunia kulinari iaitu Antonin Careme dan Auguste Escoffier telah banyak mencipta sos sebagai koleksi peribadi walaupun tiada rekod rasmi berapa banyak resipi yang telah dicipta mereka.

                                                                                   
      Antara sos-sos yang terdapat dalam buku tersebut adalah satay sos, sos lemak santan, sos kunyit, sos nenas dan macam-macam lagi, kebanyakkan sos di mesin sehingga betul-betul halus dan pekat.                  

Sunday, March 18, 2012

PENANGAN MEE ABU BEDONG ( CAWANGAN PEKAN BARU BUJANG)

 
  Salam sejahtera, bercuti panjang di utara Kedah sejahtera ? acara paling utama adalah menambah berat badan, the unlimited food eating, on the way ke Sungai Petani, terserempak dengan gerai roda tiga Mee Abu yang terkenal di utara, tempat makan dia cukup sempoi, orang memang ramai, saya order bugkus ja sebab krusi penuh, dia punya mee goreng, mengancam, basah2 telor dalam mee goreng, rasa dulu baru tau.Cara nak ke sana, cari dalam google map.
    
                                               Mee goreng kikis kuali-- terbaek

     Mamak style mee rebus dan mee goreng merupakan tarikan utama di gerai mee Abu, rasanya dah 3 generasi lamanya mee Abu bertahan, rasanya pun sama, menurut orang tua saya. Boleh di dapati di bandar  Alor Setar, di laluan jalan lama Alor Setar-- Sungai Petani, tepi jalan kereta api Bedong dan Pekan baru Bujang. Selamat mencuba.                                                                         

Sunday, March 4, 2012

LAMB CUTLET; MAKAN MALAM DI PARAS 40.000 KAKI, INFLIGHT


  Salam sejahtera, N3 kali ini menghidangkan hidangan dalam kapal terbang yang simple dan menyelerakan. ada lamb cutlet grill, mushroom cream sos, grill asparagus, grill tomato dan saute cendawan butang. Untuk menyediakan lamb grill, gaul lamb dengan garam, lada hitam tumbuk, daun rosmary, paprika, bawang putih cincang dan sedikit minyak, gaul semua sekali sehingga sebati, perap 1/2 jam, kemudian grill atas bawah, masukkan dalam oven 180* 10 minit, dah pun masak.
 
     
    Untuk mushroom cream sos pula. gunakan serbuk sos perang( ada kat Hypermarket), panaskan sedikit butter, tumis bawang putih cincang sehingga wangi,masukkan cendawan butang yang di potong nipis, gaul serbuk sos perang dengan air panas ikut pekat yang kita mahukan, masukkan  dalam bahan tumisan tadi, biarkan sehingga mendidh dan masukkan sos putih ataupun cream, masukkan bahan perasa.                                                                             

Thursday, March 1, 2012

MAKAN TENGAHHARI DI WAD HOSPITAL KPJ SEREMBAN, SUNGGUH MENYELERAKAN


 Salam, N3 kali ini adalah mengenai menu yang di hidangkan di Hospital KPJ Seremban semasa saya menginap di situ selama dua malam, masakannya menyelerakan dan ada rasa dan aroma, tabik kat chef KPJ, walaupun simple tetap menetapi selera pesakit, tapi tak sempat nak tanya resepi dari Chefnya.

                                                   Hidangan tengahari KPJ Seremban

                                              Ikan bawal hitam masak asam

                                            Puding milo dengan mango sos

    Kalau nak merasa masakan tersebut kenalah masuk wad kat Mana-mana KPJ.