Followers

Wednesday, June 22, 2011

NASI GORENG PAK TAM + SATAY AYAM + PAPADAM




    Nasi goreng memang terkenal, di mana-mana tempat pun, hatta kat Mekah pun ada orang arab buat spesial request nasi goreng cina untuk famili dia, masa tu kawan bertugas kat hotel Qurtuba Mekah. Punyalah terkenal nasi goreng nih. Kalau nak sebut nama nasi goreng satu persatu, rasanya 2 hari 2 malam pun tak habis.
    Sebenarnya nasi goreng ni hanyalah menggunakan bahan2 yang lebih pada hari semalam untuk mengelakkan pembaziran. Mak kita masa dulu2 pun guna nasi semalam, ikan goreng semalam, sambal semalam, campur semua tu, touch up sikit, dah siap nasi goreng untuk sarapan pagi.
    Nasi goreng yang kat atas tu hanyalah sebahagian dari siri nasi goreng yang terdapat di seluruh dunia. Wassalm

Tuesday, June 21, 2011

IKAN KURAU MASIN + BAWANG GORENG + CILI KERING


   Salam semua, hari ini hujan lebat turun kat sepang nih, dua tiga hari ni, selera pun tak berapa mari, bukapeti sejuk, selongkar punya selongkar jumpa ikan masin yang kawan beli kat Tanjung Dawai masa balik kampung hari tu.
   Ikam masin tu rendam 1/2 jam, bagi lembut sikit, lepas tu potong nipis, apa tunggu lagi, goreng la sapai rangup, hiris bawang merah 3 biji dan cili kering 3 biji,
   Goreng bawang sampai garing sama dengan cili kering, lawan dia masaklah gulai kepala ikan merah, biar cairsikit, lepas tu masak nasi beras wangi biar lembik sikit nasi tu, baru sedap, lepas tu apa tunggu lagi, kicap kipas udang yang masin punya jangan lupa, selamat menjamu selera. Wassalam.

Sunday, June 19, 2011

TEH ARAB+ DAUN PUDINA TARBUSH RESTORAN BUKIT BINTANG



   Ahlan wa sahlan ya habibi ya maulana, teh arab ni memang sedap dan menyegarkan, tapi gelas dia kecil sangat, tak puas minum.
   Restoran Tarbush ni, lokasinya kat jalan Bukit Bintang, sederet dengan Pavilion Shopping Complex. Sila-silalah bertandang, bawak duit lebih-lebih.
    Kawan bawa isteri kawan dan anak buah lunch kat situ untuk celebrate konvo isteri kawan OUM kat PWTC.
    Teh pudina ni teman pernah minum kat satu restoran di Mekah masa bertugas kat sana dulu, tentulah rasanya lebih enak dari sini.Apa-apa pun selamat mencuba sesuatu yang baru. Wassalam.

Monday, June 13, 2011

HOMEMADE CHICKEN CHOP TANDOORI + ROTI PITA



   Selamat kembali dari bercuti dan selamat makan kenduri, berkenduri dan yang berkahwin, semuga berkekalan. AMIN.
    Jenuh juga memenuhi jemputan kenduri, macam-macam makanan ada, ada yang sedap, ada yang separuh sedapdan yang hancus pun ada.
    Balik rumah sendiri bila masa makan, rasa jemu makan nasi, hari-hari kenduri makan nasi. Apa kata kita makan benda yang menyelerakan dan simple. Modal pun tak banyak. Resepi ayam tandoori buat sendiri, tak payah pergi kedai mamak, bukannya sedap sangat pun, kebersihan tak payah cerita la, nanti geng kedai mamak marah, kawan kalau boleh nak elakkan kedai mamak, selagi boleh kawan cuba elakkan, itu pendirian kawan, Oklah, kita lupakan hal mamak tu.
     Nak buat ayam tandoori ni senang sangat.Mari kiya cuba buat kat rumah.
 
      Bahan.
     
       Chicken chop----- 4 ketul- ada juak kat kedai frozen item
        Youghurt---------- 2 sudu makan
         Bawang merah---- 5 biji                                   ]
         Bawang putih------- 3 biji                                 ] KISAR HALUS
         Halia---------------- 1 biji-- saiz bawang putih  ]
         serbuk cili------------ 1 sudu makan
         serbuk jintan manis---- 1 sudu makan
         Warna merah----------- 1 sudu teh
          Minyak sapi------------ 1 sudu makan

          Gaul dan perap semua bahan tadi 1 jam, bakar pada suhu 200* c selama 15 minit.
          
           SELAMAT BERJAYA

Thursday, June 9, 2011

ROTI JALA




ROTI JALA
Bahan-Bahan:
1 cawan Tepung Gandum
1 cawan air
1 biji telur
sedikit pewarna kuning 
Cara:
Campurkan semua badan-bahan diatas, kacau sehingga sebati tanpa berketul-ketul dan tuangkan ke dalam acuan pembuat roti jala dan masaklah diatas dapur.
Cadangan Hidangan:
Elok dimakan waktu panas bersama kari ayam atau daging.

Tambahan:
Bolehlah gunakan blander sewaktu mengacau bahan-bahan agar tidak kelihatan berketul-ketul


   Roti jala sedap di makan, nak buat leceh, perlukan kesabaran, apa-apa pun buat ja. bualn puasapun dah nak dekat.


.

Wednesday, June 8, 2011

BURGER PADANG KOTA YANG SEDAP DAN PENIAGA YANG JUJUR



    Cuti sekolah semester 2 kawan balik kampung di Kedah. Kalau balik Kedah mesti kawan belok masuk Penang dan terus pergi ke Padang Kota.
    Petang tu rasa nak makan burger, kawan nampak ada satu gerai burger otai Penang punya, gerainya cukup bersih, dengan sayuran sayur burger yang ori, saiznya yang besar, lupa nak tanya nama brother tu.
     Sedap rasanya burger tu, semuanya secukup rasa. Kawan tabik kat brother tu sebab jujur dalam menyediakan burger dalam erti kata burger yang sebenar, tak seperti burger yang sering kita jumpa kat pasar malam atau kat warung, main hentam saja.tak baik macam tu, tak berkat rezeki.
    Selamat berjaya brother burger Padang Kota Penang.