Followers

Sunday, May 13, 2012

Definasi Bandung oleh Prof. Abdullah Hassan

                                     Gambar hiasan dari 1klik.blogspot.com

Mi bandung itu tidak datang dari Bandung

Laksa Pulau Pinang itu memang asalnya dari Pulau Pinang. namun, "mi bandung" itu tidaklah pula datang dari Bandung. Ejaan bandung pun huruf kecil sahaja.

Dalam bahasa Melayu "bandung bermakna" serangkai seperti dalam rumah sebandung (semi-D), anak ayam sebandung (dua ekor), es bandung (sirap bercampur susu), telur sebandung (... boleh lebih daripada dua biji dalam satu sarang), ...

Dan "mi bandung" itu adalah mi yang ramuannya sebandung. Asalnya hanya sayur dan daging. Nmun sekarang sudah ditambah taukua, daging, udang, lempeng ikan ... dan macam-macam lagi).

Oleh sebab itu, apabila tuan pergi ke Bandung, jangan ditanya orang di Bandung fasal "mi bandung" dan "es bandung". Mi bandung dan es bandung tidak berasal daripada Bandung. Ramuannya yang dibandungkan!
  

3 comments:

  1. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

    ReplyDelete
  2. yummy:)
    saya follower ke 100 anda:)
    http://coretanpencariketenangan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Chef, baru terjumpa link blog ni dari Masam Manis dapur Azlita tu...semua resepi sedap2 Chef tayang...Lasagne tu nampak sungguh sedap... ^__^

    ReplyDelete