Salam ramadhan al mubarak, selamat berpuasa, apa macam puasa semalam,ok la kan. Tengok kuih kat bazar ramadhan,mak aaii, macam-macam, tapi dia punya ori dan rasa, saya rasa boleh di pertikaikan, itu pandangan saya.
Kali ini n3 saya ialah kuih tradisional kuih bingka ubi kayu, orang kedah panggil kuih bengkang, sedap kuih ni, ada rasa manis, lemak santan dan rasa bakar dan aroma ubi kayu, kiuh ni saya buat dengan panduan mak mertua saya, ok la tu. Mari kita tengok resepi;
Resepi;
1. Ubi kayu--------------------- 500gm] buang kulit
2. Santan kelapa pekat-------- 1 cawan} kalau nak lembut lebihkan santan.
3. Gula--------------------------- 5 sudu teh
4. Garam------------------------- secukup rasa
5. Minyak masak---------------- 1 sudu teh
1
Ubi kayu yang sudah di buang kulit
2
Sagat ubi kayu sehingga halus, Selepas itu blend
ubi kayu bersama dengan santan, gula dan garam,
sehingga halus.
Ubi kayu yang sudah di mesin halus, panaskan
minyak masak 1 sudu teh dan tuang ke dalam loyang,
masukkan ubi kayu kedalam loyang dan ratakan.
4
Bakar ubi kayu dalam oven dengan suhu 180 * c
selama 40 minit. Beginilah rupanya bila dah masak.
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment