Followers

Monday, July 11, 2011

RASA TIMUR TENGAH NASI SAYADIA

                                     GAMBAR VIA H/P ( KEKABURAN )

     Salam ahlan wa sahlan, nasi sayadia ini adalah sambungan dari entri di bawah, ikan sayadia, nasi sayadia lain dari yang lain sikit, warnanya brown kehitaman sikit, air tulang ikan di gunakan sebagai stock untuk memasak nasi.
     Nasi sayadia menggunakan beras basmati, aromanya sungguh membangkitkan selera. Saya pernah berkerja sama dengan Chef Omar Zaki dari Saudi yang bertugas sebagai Chef untuk Saudi Royal Jet. Otai orangnya, tapi dia punya masakan, fuhh sangat sedap. Syukran ya Chef.

    Resepi;

   Beras basmati-------------- 500gm
   Air untuk stock------------- 2 liter
   Daun ketumbar--------------------- 3 tangkai
   Green bell pepper------------------- 1 biji ( potong 4 )
   Tulang ikan merah------------------- 500 gm
   Buah pelaga------------------------- 8 biji
   Bawang besar----------------------- 2 biji ( potong nipis )
   Minyak--------------------------- untuk menumis
   
    Cara-caranya;
   1. Didihkan air untuk di buat stock.
   2. Goreng bawamg besar yang di hiris tadi sehingga bawang menjadi warna perang kehitaman.( warna bawang yang di goreng menjadikan stock berwarna perang kehitaman )
   3. Masukkan bawang ynang di goreng tadi bersama green bell pepper, daun ketumbar, tulang ikan dan buah palaga yang di tumis bersama bawang cincang, biarkan stock mendidih dengan api perlahan selama 20 minit. 
   4. Apabila stock dah menjadi warna perang kehitaman, masukkan garam.
   5. Basuh beras tadi dan masukkan dalam rice cooker, tapis stock ikan tadi dan masukkan kedalam beras dan kacau, biarkan sehingga masak. Hias dengan kismis atau pine nut, gajus pun boleh.

Saturday, July 9, 2011

MENU TIMOR TENGAH , IKAN SAYADIA



    Salam hujung yang membosankan dek kelakuan spesis-spesis yang tldak tahu bersyukur dan pendek akal, biarlah hal diorang, berani buat, berani tanggung. Kita bersembang pasal makanan lagi bagus, perut kenyang, hati senang.
    Kali ini kita tukar selera pulak, dah lemu makan makanan yang dah biasa sangat, lagi pun sekarang, kat lembah Kelang musum nasi arab, ada Saba, Tarbush, Hadrawmautpun ada dan macam-macam lagi.
    Menu kali ini rasanya kat Restoran arab pun jarang jual, sebab arab lebih suka makan daging, ikan kurang sangat dia orang guna. Menu ikan sayadia ini saya pernah makan Di open air Restoran kat Jeddah, masa saya bertugas di Mekah. Terima kasih Haji Wan Shukur, GM Qurtuba Hotel Mekah kerana sudi belanja kita orang, shukran.
    Apa salahnya kalau kitamencuba sesuatu yang baru, manalah tahu kalau kena dengan selera kita.

    Resepi


   Isi ikan merah--------- 6 ketul
   Bawang putih---------  4 ulas ( di cincang halus)
   Lada hitam------------  1 sudu teh( di mesin halus )
   Kunyit sebuk----------   1 sudu teh
   Jintan putih serbuk--- 1 sudu teh
   Lemon------------------  1 biji ( perah jusnya )
   yougart----------------- 1 sudu makan
   Daun ketumbar-------- 3 tangkai ( di cincang halus )
   Garam + lada ---------- secukup rasa

   Cara membuatnya;

 1. Potong isi ikan kepada 6 bahagian ikut kegunaan.
 2. Gaul semua bahan di atas dengan ikan.
 3. Perap selama < > 1/2 jam.
 4. Grill ikan atas kuali leper di bahagian atas dan bawah ikan.
 5. Selepas grill, masukkan iakn tadi ke dalam oven untuk masakkan keseluruhan isi ikan selama 10 minit dan 180* cel.
 6. Makan bersama nasi sayadia seperti entri di atas.

Thursday, July 7, 2011

CHICKEN BOXING UNTUK MINUM PETANG



    Salam pagi jumaat, tetiba nujan turun,lebat pulak tuh, tapi entri tetap jalan. Menu kali ni sangat simple, tapi kena ada prosesnya walaupun simple. kalau terjemah ke bahasa melayu, tumbuk ayam namanya, Apa-apalah mananya, janji halal di makan dan sedap dimakan
   
    Chicken boxing tu beli je kat supermarket. Kat kedai runcit rasanya tak ada. Cuma yang masalahnya, nak dapatkan breadcrum atau serbok roti untuk salut ayam tu, Kat tempat kerja saya adalah bondo tu. Setakat ni yang saya tahu, breadcrum tu ada di jual di Giant, Tesco, Carrefore, cuba-cubalah cari.

   Resepi

  1. Chicken boxing------- 10 ketul
  2. Telur ------------------------  2 biji
  3. Teping gandum--------------- 3 sudu makan
  4. Breadcrum ( serbuk roti )----- 1 cawan
  5. Garam + lada puth---- sekucup rasa
  
 
Cara membuatnya

   1. Gaul ayam bersama garam dan lada putih
   2. Pukul telur dan gaulkan bersama tepung.
   3. Gaul ayam bersama telur dan tepung.
   4. Selepas itu gaul ayam bersama serbuk roti dan boleh mula menggorengnya.

Tuesday, July 5, 2011

STEAM BAKED PAIS IKAN DORY


     Happy days, macam ni lah rupanya kalau ambil gambar guna handphone, tapi tak mengapa, yang penting isi kandungannya, ini lah juadah pais ikan dory ( ikan frozen untuk buat fish N chip ) versi cepat siap. 
    Ikan dory di gunakan sebab ada semua isi dan tiada tulang.
Kalau tak silap pais ikan ni berasal dari Bangkulu, Indonesia.
Selalunya ikan pais ni di balut dengan daun pisang,diperap semalaman dan di kukus. Tapi itu tak jadi masalah, ikut selera dan peralatan yang kita ada. Versi steam bake rasanya lebih elok sebab isi ikan tak kering ( over cook ) dan bahagian luar ada kesan bakar atau panggang ( gratin istilah untuk bakar bahagian luar dalam masakan barat )
    Rasanya tetap sama, cuma air tangan saja yang memberi kelainan dalam setiap masakan.
    Resepi yang mudah untuk pais ikan.
   
    Ikan dory--------- 2 keping ( fillet )
    Kelapa parut----- 1/2 kelapa
    Serai--------------- 3 batang             }
    Chili merah-------  3 biji                     }
    Cili padi----------- 4 biji                     } untuk di mesin
    Belacan-----------  20 gm                   }
    Kunyit------------- 1 sudu teh          }
    Daun kunyit------  1 helai---------- mayang halus
    Air asam ----------  2 sudu makan
    Garam + gula------ secukup rasa

   Cara membuatnya,

   1. Ikan dory sama ada potong atau tidak, boleh saja
   2. Gaul bahan- bahan yang di mesin bersama kelapa parut, daun kunyit     dan perasa.
   3. Campur kan ikan bersama dengan bumbu yang gi gaul tadi.
   4. lapik daun pisang untuk proses memasak dibawah dan di atas ikan.
   5. Bakar dengan suhu 180* c selama 20 minit.
   6. Untuk 5minit terakhir proses memasak, alihkan daun pisang bahagian atas ikan, proses ini akan memberi kesan bakar pada bahagian atas ikan.
 Selamat mencuba.


    

Monday, July 4, 2011

MEE KARI CEROI


     Salah satu hidangan untuk di nikmati sama ada waktu tengah hari atau pun waktu minum petang, Sangat terkenal di Malaysia. Ada banyak versi mee kari di Malaysia. Ada nyonya kari laksa, Indian mee kari dan mee kari melayu pun ada macam- macam versi juga. Ada yang pekat dan ada yang ceroi ( kuah cair ). Kalau nyonya kari laksa, bunga kantan dan daun kesom di gunakan, kalau versi india ada rasa masam sikit, kalau versi melayu, guna serai, belacan atau udang kering, apa -apa pun bahan utamanya tetap serbok kari.
   
     Mee kari seperti dalam gambar di atas, saya masak pada waktu malam, gunakan bahan yang terdapat didalam peti sejuk sahaja, ubah suai sikit lebih kurang, guna santan kotak yng dah tinggal setengah, tu la pasal kuah ceroi. Ok, selamat cari bahan dan selamat mencuba.

Sunday, July 3, 2011

KERABU TELUR GORENG ALA SIAM




     Kerabu telur goreng, pelik sikit nama dia kan, mula- mula saya makan juadah ini pada tahun 1988, masa saya bertugas di Holiday Villa Hotel, Subang Jaya , Selangor. Saya di jeput untuk merasa makanan ini oleh Thai Chef Restoran waktu itu, Chef Boon Nit.Tengok saja dah pecah ayag lioq ( istilah orang Kedah untuk membuka selera. Nampaksimple habis, dengan bahan yang ada di sekeliling kita, bahan-bahan yang segar, yang penting sekali ialah aromanya, Fuhh.



Bahan - bahanya seperti dalam gambar diatas.

          Telor ayam ---- 4 biji digoreng - potong nipis panjang
          Cili padi ------- 4 bji patang halus 
          Buah tomato --- 2 biji buang biji- potong nipis
          Bawang besar merah ---- 2 biji - potong nipis
          Bunga kantan ---- sebelah sahaja - potong nipis
          Daun limau ------ 2 helai - potong nipis
          Limau nipis ------ 3 biji - perah jusnya
          Daun ketumbar ----- 2 tangkai - ambil daun sahaja
                  Gaul kesemua bahan dengan bahan perasa
                                                             Selamat mencuba                                               

SPAGHETTI OLIO-OLIO DENGAN UDANG RAJA


   Pertama sekali kalau lihat gambar dalam blog ni semua nampak biasa saja, sebab semua gambar yang di ambil hanya menggunakan hand phone sahaja, keduanya sebab kawan memang malas nak berhias-hiasan, kecuali ada food presentation untuk pelanggan atau vip. Semua masakan diambil gambar waktu masih berasap-asap lagi, fresh from wok.Apa-apa janji sedap.
   Spaghetti olio-olio ini dalam kategori makanan berkhasiat, sebabnya bahan-bahan yang di gunakan semua segarbelaka, ada king prawn, cherry tomato, green and black olive, bawang putih yang di cincang, daun parsley yang di cincang halus dan semestinya virgin olive oil, mudah sangat nak membuatnya, tumis bawang putih dan udang sehingga masak, masukkan bahan yang seterusnya, bahan perasa, lima minit dah siap. Okey selamat mencuba. Suruh kak Ummi kita test.