Followers
INFO ABOUT FOOD
Saturday, July 9, 2011
MENU TIMOR TENGAH , IKAN SAYADIA
Salam hujung yang membosankan dek kelakuan spesis-spesis yang tldak tahu bersyukur dan pendek akal, biarlah hal diorang, berani buat, berani tanggung. Kita bersembang pasal makanan lagi bagus, perut kenyang, hati senang.
Kali ini kita tukar selera pulak, dah lemu makan makanan yang dah biasa sangat, lagi pun sekarang, kat lembah Kelang musum nasi arab, ada Saba, Tarbush, Hadrawmautpun ada dan macam-macam lagi.
Menu kali ini rasanya kat Restoran arab pun jarang jual, sebab arab lebih suka makan daging, ikan kurang sangat dia orang guna. Menu ikan sayadia ini saya pernah makan Di open air Restoran kat Jeddah, masa saya bertugas di Mekah. Terima kasih Haji Wan Shukur, GM Qurtuba Hotel Mekah kerana sudi belanja kita orang, shukran.
Apa salahnya kalau kitamencuba sesuatu yang baru, manalah tahu kalau kena dengan selera kita.
Resepi
Isi ikan merah--------- 6 ketul
Bawang putih--------- 4 ulas ( di cincang halus)
Lada hitam------------ 1 sudu teh( di mesin halus )
Kunyit sebuk---------- 1 sudu teh
Jintan putih serbuk--- 1 sudu teh
Lemon------------------ 1 biji ( perah jusnya )
yougart----------------- 1 sudu makan
Daun ketumbar-------- 3 tangkai ( di cincang halus )
Garam + lada ---------- secukup rasa
Cara membuatnya;
1. Potong isi ikan kepada 6 bahagian ikut kegunaan.
2. Gaul semua bahan di atas dengan ikan.
3. Perap selama < > 1/2 jam.
4. Grill ikan atas kuali leper di bahagian atas dan bawah ikan.
5. Selepas grill, masukkan iakn tadi ke dalam oven untuk masakkan keseluruhan isi ikan selama 10 minit dan 180* cel.
6. Makan bersama nasi sayadia seperti entri di atas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment