Followers
INFO ABOUT FOOD
Saturday, July 23, 2011
SANTAI MASAK NASI ARAB BERLAPIS, REUNION MAKKAH 2006
Salam sejahtera para pencari resepi dan blogger-blogger hebat. Pada petang jumaat sambil lepak bersama member, borak cerita lama masa bertugas di Maakah, teringat nasi arab makkah yang sangat enak. Member Chef nizam bagi idea, kita buat nasi arab lauk berlapis, orait juga, cantek, maka mulalah pergi cari bahan. Sebenarnya tak susah, beli beras basmati jenama pusa( lebih besar dan panjang dari beras basmati biasa ), Rebus air bersama dengan bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga dan garam, kalau ada daun lada hitam lagi bagus, ada aroma arab.Air mendidih masukkan beras, biar sekejap dan kacau, apabila nasi hampir masak, tapis air nasi dan biarkan nasi didalam bekas penapis.
Langkah demi langkah penyediaan nasi arab berlapis;
Ayam makhboush
Langkah pertama kena masak dulu bahan utama untuk di jadikan lapisan diantara nasi, tak kisah masakan ayam beriani ka, ayam kuzi ka, ikut selera, dalam gambar di atas ialah masakan arab juga, namanya ayam makhbous, yang menggunakan rempah jintan serbuk, ketumbar, tomato paste dan yogart, ianya sedikit masam.
1
Nasi rebus yang di tapis
Masukkan nasi tapis kedalam periuk berlapikkan daun pisang supaya nasi tidak berkerak( gunakan periuk yang lebar ),sebagai lapisan pertama.
2
Letakkan masakan ayam tadi di atas nasi lapisan pertama, kalau nak letakkan telur rebus pun boleh sebagai penambah lauk.
3
Tutup ayam tadi dengan nasi semula sehingga melitupi semua ayam.Lapisan nasi biarlah tebal sedikit.
4
Masukkan satu lagi lapisan ayam di atas nasi berserta dengan kuah ayam sekali. Kuah akan meresap kedalam nasi, dan memberikan rasa yang enak.
5
Lapisan nasi yang terakhir di masukkan, masukkan kesemua nasi yang ada ke atas ayam tersebut, dan tutup periuk sehingga rapat dan letakkan di atas dapur dengan api yang perlahan selama 20 minit.
6
Akhir sekali nasi dah pun masak bersama dengan lapisan ayam dan telur rebus, maka selesailah satu masakan yang istimewa dari Makkah. nasi arab ini sebaiknya di makan bersama dalca sayur dan salatah arab, iaitu timun, tomato, cili hijau, daun ketumbar , garam dan perahan lemon. terima kasih untuk kawan-kawan yang menjayakan reunion ini,tq untuk chef nizam, chef tam dan chef lan, cayalah bai!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tengok beras yang panjang2 macam ni teringat betul nasi mekah. sedap yang amat. Terima ksih sebab bagi idea macamana nak buat. tapi cari beras ni susah. bundo selalu jumpa basmathi yang kurang panjang. beli di mana?
ReplyDeletesedapnyer menu ni.....panjang sungguh butir beras tu...
ReplyDelete