Followers

Wednesday, July 20, 2011

PINDANG ASAM KUNYIT BALIK PULAU (EDISI SAHUR)



    Salam ukhuwah semuanya, dah hari khamis, esok jumaat, lusa sabtu dan seterusnya akan ada hari-hari yang pasti datang. Jadi gunakanlah hari-hari tersebut dengan perkara-perkara yang berfaedah, yang tak menyusahkan orang tua kita, contohnya memasak, ada gak faedahnya.
    Semalam kita refresh sikit minda dengan info yang mungkin kita tak tahu. Hari ini saya ketengahkan satu juadah yang ringkas,popular jugak, semua negeri kat Malaysia ada masakan, cuma nama ja lain, ada yang sebut singgang, pindang, ikan asam dan sebagainya, pokoknya masakan ni memang membuka selera, sesuai untuk membuka selera waktu bersahur.
    Meh kita jenguk-jenguk resepinya.
    
    Resepi;

   1. Ikan merah--------------- 500 gm
   2. Bawang besar------------ 2 biji } mesin
   3. Bawang putih------------ 3 ulas }mesin
   4. Belacan------------------- 1/4 dari saiz kiub ayam} mesin
   5. Serai----------------------- 2 batang } ketuk
   6. Bunga kantan------------ 1 batang
   7. Asam keping-------------- 3 keping- ikut rasa masam
   8. Kacang bendi------------- 3 biji
   9. Tomato-------------------- 2 biji
   10. Cili merah---------------- 2 biji( kalau nak pedas, mesin cili merah sama bawang )
   11. Kunyitserbuk------------- 1 sudu teh
   12. Garam + gula secukup rasa.

     Cara membuatnya;
   1. Masak air bersama bahan yang dimesin tadi, serai, bunga kantan dan asam keping serta kunyit.
   2. Biar air bersama bahan tadi mendidih dengan api kecil selama 3 minit.
   3. Masukkan ikan kedalam kuah rebusan tadi sehingga ikan masak, masukkan bahan perasa.
   4. masukkan kacang bendi, tomato dan cili merah.
   5. dah pun masak. makan bersama kicap, ulam timun dan sambal belacan, kalau beras wangi lagi bagus.
        selamat mencuba.


 

2 comments:

  1. salam, eh.. lobeh kughang samo lak resipi kito harini yo.
    Bundo link ekau yo. Ni otai mosti pandai masak ni.

    ReplyDelete
  2. salam kenal dr diana.... banyak resipi2 yg menarik kat cnie... terima kasih sudi singgah kat dapur diana... menu kat atas nie pun nampak menyelerakan.. makan ngan nasi putih panas mmg best nie

    ReplyDelete