Followers
INFO ABOUT FOOD
Wednesday, July 13, 2011
JUADAH SAHUR; DAGING GORENG CHAP-CHAP DULU, KINI, SELAMANYA
Salam ukhuwah, entri lagi, bukan kena duit pun, bayar streamyx je. daging goreng ni memang makanan fevret turun temurun, hendak lagi kalau ibunda kita yang masak, chap-chap saja dah siap daging goreng, sedap pulak tu.
Maaf sebab gambar kelabu sikit, guna h/p camera ni silap timing, ni lah jadinya, nak beli camera yang canggih belum lagi mampu, nanti ada rezeki datang adalah benda yang kita hajati.
Goreng goreng ni kalau buat buka puasa mengancam juga, lepas tu time sahur panaskan semula, rasa rangup daging tu yang buat sedap. Meh kita cuba buat juadah ni, minta-mintalah jadi. daging tu kalau gunakan bahagian batang pinang lagi bagus sebab lembut. Ada petua ( dah di praktikkan ) daging kalau nak bagi lembut, perap daging dengan rempah, bawang , halia, garam dan minyak, gaul semua sekali dan perap semalaman, InsyaAllah jadik.
Resepi;
Daging batang pinang-------- 500gm>> potong nipis
Ubi kentang-------------------- 2 biji>>> potong nipis( digoreng dahulu )
Bawang besar----------------- 1 biji>>> potong nipis
Bawang putih----------------- 3 ulas }
Halia--------------------------- 1/2 inci } di tumbuk halus
Bawang kecil------------------ 4 biji }
Jintan manis biji-------------- 1/2 sudu teh }
Daun bawang------------------ 1 tangkai>>> potong 1/2 saiz
Garam+ lada +air asam jawa= gula----- secukup rasa
Kunyit serbuk------------------- 1 sudu teh
Cara membuatnya;
1. Tumis bahan yang di tumbuk tadi sehingga wangi.
2. Masukkan daging dan kacau sehingga daging masak, sebaiknya jangan masak daging terlalu lama, nanti terlebih masak, daging akan keras dan kering.
3. Masukkan bahan- bahan perasa tadi dan kacau,termasuk kunyit.
4. Akhir sekali masukkan bawang besar, ubi kentang dan daun bawang, dah pun masak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sedapnya.. akak suka masak daging kuah yg kering2 ni.. kalau bulan puasa ni mesti anak2 suka buat sahur.. akak masukkan dlm list resepi ni..
ReplyDeleteTq kak Lina, rasa-rasanya sedap kot. kah kah.apa-apa pun mak kita buat ialah yang terbaek.
ReplyDelete