Followers

Thursday, July 14, 2011

NOSTALGIA JALAN DORAISAMY K.LUMPUR; SUP TULANG TENGKUK LEMBU



     Salam Syaaban, salam ukhuwah, bulan keberkatan, tup-tup dah hari jumaat, rasa macam baru pergi sembahyang jumaat minggu lepas. Tak mengapa, itu satu kewajipan, berkonsi ilmu juga satu kewajipan, tegur menegur juga satu kewajipan, kalau baik jadikan panduan, tazkirah pagi jumaat.
    Semalam saya cuba masak sup tulang tengkuk lembu, tengkuk lembuuu!!!!!!??. Jangan terkejut, kalau kita rajin layan kat hypermarket, insyaalah, jumpalah benda tu, macam tulang bahagian lain juga.
    Tahun 1991, masa saya bertugas kat Concord Hotel k.L, habis kerja lewat petang, saya selalu lepak kat Jalan Doraisamy, dekat Wilayah Komplek KL. Di situ terkenal dengan pelbagai jenis sup di warung tepi jalan. Sup yang paling terkenal ialah sup torpedo.( rasanya tak perlu penjelasan sup tu ). Sup di situ di makan dengan roti benggali atau roti bantal, Kuahnya yang pekat, berempah, berpeluh-peluh di buatnya. Terima kasih pada Chef Abdul Mydin ( yang terkenal dengan nasi kandar) kerana selalu belanja. mari kita cuba buat sup jalan dorisamy tu.
    
   Resepi;
  
  Tulang yang ada isi--------- 1 kg
   Rempah kurma-------------- 2 sudu makan
   Buah keras------------------- 6 biji} dimesin
   Bawang merah--------------  8 biji } di mesin
   halia-------------------------- 1/2 inci } ketuk
   Bawang putih---------------- 3 ulas } di mesin
   Kulit kayu manis------------ 1 batang
   Bunga cengkih---------------  6  biji
   Bunga lawang --------------- 3 biji
   Ubi kentang------------------ 4 biji } buang kulit
   Celery------------------------- 2 batang } potong pendek
   Garam+Lada hitam--------- secukup rasa


   Cara membuat;
   1. Rebus tulang daging bersama dengan ubi kentang dan celery sehingga daging lembut, masukkan sedikit garam.
   2. Setelah daging sudah lembut, angkat ubi kentang dan celery dan mesin bahan tersebut sehingga halus dan masukkan semula dalam air rebusan tadi.
   3. Tumis bahan yang di mesin tadi bersama dengan kayu manis, cengkih dan lawang, setelah wangi, masukkan rempah sup dan buah keras yang telah di mesin, selepas itu masuukan kedalam air rebusan tadi dan biarkan ia mendidih <> 10 minit'
   4. Masukkan bahan perasa, garam, lada hitam atau putih. Sup ini sedikit pekat.
 

  


   

3 comments:

  1. as-salam
    sungguh menyelerakan sup tulung

    ReplyDelete
  2. sup tulang memang kegemaran saya! boleh ke buat sesedap macam gambar kat atas tu...goodluck to me...

    terima kasih sudi singgah, resipi sini nampak yummy semuanya...

    ReplyDelete
  3. salam chef, K.An pun nak cuba resepi ni sebagai persediaan menyambut Ramadhan... kalau bulan puasa, sup macam ni yang tak jemu dijamah.. Terima kasih chef..

    ReplyDelete