Followers

Tuesday, July 12, 2011

INFO ; POKOK ROSMARY ( WESTERN HERB )


   Salam ukhuwah semua. Kali ini saya tak buat entri masakan, rilek sekejap, sekarang kita isi ilmu kita dengan info pulak. Daun kari, daun kesum, daun, daun kaduk pun kita dah tahu. Mari kita berkongsi ilmu untuk semua.
   Sebenarnya pokok rosmary ni saya tanam di rumah saya aja, saya beli satu pasu di Cameron Highland, tapi pokok tyme tak ada pulak, pokok parsley ada, tapi tak beli sebab tak muat kereta, isteri borong bunga ros.
   Rosmary ini dalam kategori herba barat yang di gunakan dalam masakan barat.Baunya harum dan membuka selera. Daun rosmary selalunya di gunakan untuk proses perapan kambing, daging lembu, ayam lebih baik gunakan daun tyme.
   Potong satu tangkai, ambil daunnya dan cincang halus, campurkan daun rosmary tadi bersama bawang putih cincang, serbuk paprika ( sejenis rempah, pedas sikit macam serbuk cili, kalau tak ada paprika, guna ja serbuk cili, sikit saja). Gaulkan semua bahan tadi dengan minyak masak dan garam,gaul sehingga sebati. Selepas tu bolehlah lumurkan adunan tadi kat lamb ka, beef atau ayam dan perapkan selama 1 atau 3 jam.
   Kalau rasa nak tanam sendiri bolehlah pergi  Cameron Highland , ada di jual kat ladang strawbery berdekatan dengan Strawberry Park Resort. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment