Followers
INFO ABOUT FOOD
Sunday, July 31, 2011
GULAI TULANG RAWAN KAMBING PAK NDAK
Salam ukhuwah semua dan selamat memulakan ibadah puasa dengan penuh keberkatan, pagi tadi sahur bukan main selera betul, walaupun juadah yang di panaskan semula, saya sanggup ambil cuti untuk meraikan ramadhanbersama keluarga.
Dalam bulan puasa begini n3 tetap beroperasi seperti biasa. Kali ini kita masak tulang rawan atau tulang rusuk kambing, rasa kambing sedap kalau kena dengan resepinya. Ramuannya biar tepat. Mari kita tengok resepinya.
Resepi;
1. Tulang rawan kambing--------------------- 1 kg
2. Santan kelapa cair-------------------------- 3 cawan
3. Santan pekat--------------------------------- 1 cawan
4. Serbuk kari----------------------------------- 3 sudu makan
5. Bawang besar-------------------------------- 3 biji } 2 biji mesin/ 1 biji potong 4
6. Bawang putih-------------------------------- 3 ulas} mesin
7. Halia------------------------------------------ 1/2 inci} mesin
8. Jintan putih biji------------------------------ 1 sudu teh
9. Ubi kentang----------------------------------- 2 biji } potong 4
10. Kerisek---------------------------------------- 2 sudu makan
11. Air asam jawa-------------------------------- 1/2 cawan
Cara membuatnya;
1. Rebus tulang rawan kambing sehingga lembut.
2. Bila kambing dah lembut, biarkan dalam periuk.
3. Gunakan kuali lain untuk menumis jintan, bahan yang di mesin.
4. Apabila bawang tumisan dah wangi, masukkan rempah kari, kacau sehingga rempah kari naik minyak.
5.Masukkan bahan tumisan tadi kedalam rebusan kambing tadi bersama dengan ubi kentang dan santan cair.
6. Apabila ubi kentang dah lembut masukkan santan pekat, air asam dan bahan perasa.
7. Masukkan bawang yang di potong 4 dan hirisan cili merah dan hijau.
Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum Chef, resepi yang hebat2 di sini.saya ni buah cempedak di luar pagar bab masak-memasak ni..bolehlah tumpang resepi Chef di sini..Terimakasih
ReplyDeleteSalam Chef.. K.An dah cuba resepi sup Doraisamy resepi chef... Hubby n anak-anak bagi 5 bintang.. terima kasih banyak chef. Tengok kat blog periuktanah ye...
ReplyDelete