Followers
INFO ABOUT FOOD
Sunday, July 24, 2011
SARAPAN PAGI: FRENCH TOAST BERINTI KEPINGAN CHEESE DAN AYAM
Salam ukhuwah semua, hari isnin yang terang benderang, matahari memancarkan cahaya menyambut ketibaan bulan keberkatan, n3 kali ini kita buat breakfast pulak, breakfast orang putih, French toast namanya, satu masakan yang simple dan menyihatkan. French toast ini terkenal di bistro dan restoran hotel.
French toast ada banyak version, tapi asasnya mestilah roti. Kali ini, macam dalam gambar di atas saya gunakan roti benggali atau roti bantal yang di potong sendiri, ikut selera kita. mari kita tengok resepi.
Resepi
1. Roti putih----------------- satu biji( yang belum di potong )
2.Telur ayam--------------- 3 biji ( di pukul dengan garam dan serbuk buah pala )
3. Kepingan cheese kraf--- ikut jumlah roti( satu portion = 1 keping cheese )
4. Kepingan isi ayam ( chicken toast )--- ikut jumlah roti.
5. Butter-------------------- 3 sudu besar ( untuk grill roti )
Cara membuatnya;
1. Potong roti setebal 1/2 inci ( 1 portion menggunakan 2 keping roti )
2.Pukul telur sehingga rata bersama dengan sedikit garam dan serbuk buah pala.
3. Sapu roti dengan butter pada 2 keping roti.
4. Letakkan cheese dan kepingan ayam pada 1 keping roti sahaja ( macam buat sandwich ) dan tutup dengan keping roti lagi.
5. Celup kepingan roti tadi ke dalam telur dan grill menggunakan butter dan api yang perlahan.
6. Pusingkan roti atas dan bawah agar masak di semua bahagian roti.
Makan panas-panas baru ngam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sedap kalo makan time cis tu tgh cair lagi...
ReplyDeleteTerbakor lidah kang.
ReplyDelete