Followers

Friday, July 15, 2011

OTAK - OTAK IKAN A-LA SATAY


     Salam ukhuwah dan salam sabtu, selamat berhujung minggu, dah di pertengahan syaaban, a,pabila telah berkumandang iklan buah kurma Yussof Taiyoob dari Timor Tengah, dan berkumandang iklan kedai perabut Court yang tak payah bayar 3 bulan( Waalahhualam ), itu tanda-tanda ramadan akan menjelma. Jangan membazir Yoop.
     Juadah kali ini tak payah tunggu bulan puasa baru nak buat, bila-bila masa pun boleh buat, kalau ada kemahuan dan mahu mencuba. Saya mula-mula tengok kreativiti masakan ini, Chef Wan kita yang buat kat dalam TV, masa dia baru nak popular, kredit untuk Chef Wan, dapat kita pakat-pakat buat juadah tu.
    Saya nak buat ubah sikit penggunaan bahan mentah yang di gunakan, selalunya guna isi ayam cincang, kali ini saya guna isi ikan merah menggunakan ramuan untuk otak-otak. mari kita tengok, macam mana nak buat.
    
    Resepi;
 1. Isi ikan merah--------------- 500gm ( di cincang isi ikan )
 2. Batang serai----------------- ikut keperluan isi ikan dan bersihkan bahagian luar serai
 3. Cili padi---------------------- 6 biji ( mesin )
 4. Serai-------------------------- 3 batang ( mesin )
 5. bawang merah-------------- 5 biji
 6 Bawang putih----------------3 biji ( di mesin )
 7. Belacan----------------------- 10 gm ( mesin bersama bawang )
 8. Kunyit serbok---------------- 2 sudu teh
 9. Santan pekat----------------- 1/2 cawan
 10. Air asam jawa--------------- 3 sudu makan 
 11. Garam + gula---------------- secukup rasa


  Cara membuat;
  1. Cincang isi ikan merah sampai halus.
  2. Gaul isi ikan bersama bahan yang di mesin bersama dengan kunyit serbuk, santan pekat, air asam jawa dan bahan perasa, gaul sehingga sebati.
  3. Bersihkan bahagian luar serai dan keringkan serai.
  4. Ambil isi ikan dan lekatkan pada bahagian batang serai ( saiz ikut kemahuan sendiri )
 5. Guna minyak masak untuk melicinkan bahagian luar ikan.
 6. Panaskan kuali leper dan grill sambil pusingkan ikan supaya masak serata bahagian.
 7. Makan bersama percik sos atau sos kacang.
 

2 comments:

  1. salam ziarah chef.. jln2 sini sambil2 tu tengok resepi yg ade..

    ReplyDelete
  2. Best ya otak2 nanti boleh cuba. Chef nk tny ada tak resipi gun a labu sy x de idea nk msk apa

    ReplyDelete