Followers

Friday, January 20, 2012

GULAI TUMIS KERING TULANG TENGKUK LEMBU


Salam sejahtera semua, N3 kali ini menampilkan masakan yang menggunakan tulang tengkuk lembu untuk di buat gulai kering. Tulang tengkuk lembu ini isinya banyak dan sedikit lembut, untuk masakan, rubus dahulu tulang tersebut sehingga lembut.
   Resepi

Tulang tengkuku lembu---------------------- 1 kg-- rebus dahulu sehingga daging empuk.
Bawang besar------------------------- 3 biji}
Halia------------------------------- 1/2 inci}
Bawang putih---------------------- 3 biji}     Bahan utk di mesin
Bawang goreng--------------------- 30 gm}
Buah keras-------------------------- 5 biji}
Rempah kari daging------------------- 100 gm
Cili serbuk---------------------------- 2 sudu makan
Santan--------------------------------- 2 cawan
Air asam jawa------------------------- 2 sudu besar
Kulit kayu manis, cengkih, lawang--- secukupnya
Daun ketumbar dan chili merah------- untuk hiasan

  Cara membuat;
1. Tumis bahan kulit kayumanis, cengkih dan lawang, masukkan bahan yang di mesin tadi sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan serbuk cili dan masak sehingga naik minyak.
3.Masukkan santan dan biar sehingga mendidih.
4. Masuukan tulang  dan kacau sehingga sebati dan santan menjadi separuh kering.
5. Perah air asam dan masukkan kedalam masakan bersama garam.
6. Kacau tulang sehingga rata, hiaskan dengan daun ketumbar dan cili merah.

      Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment