Followers

Thursday, November 17, 2011

PUDING ROTI ISTERI


     Puding roti sempena hari Ibu yang enak dan wangi, habis satu bungkus roti di kerjakan. Dengan aroma dari serbuk buah pala dan kismis, menyelerakan.

    Resepi;
  1. 8 keping roti ( dipotong  kecil )
  2. 4 sudu besar gula halus
  3. 2 sudu besar butter ( cairkan )
  4. 2 biji telur
  5.1 sudu teh esen vanilla
  6.1 sudu besar tepung jagung
  7. 1 sudu kecil serbuk buah pala
                                                                      



    Cara membuatnya;
  1. Gaulkan bahan no. 2 hingga 7 dan pukul sehingga sebati.
  2. Susun roti di dalam loyang yang di sapu butter.
  3. Tuang bahan yang di pukul tadi di atas roti.
  4. Biarkan selama 20 minit.
  5. Taburkan kismis diatas roti.
  6. Bakar dalam oven selama 30 minit dan suhu 180%


    Untuk sos vanilla.
   1. 1 tin susu cair
   2. 2 sudu besar tepung kastad
   3. 2 sudu besar gula.
   
    Gaul semua bahan, kacau rata dan di masak dengan api perlahan sehingga pekat, makan bersama dengan puding roti.

Roti sedang di rendam

Puding telah sedia untuk di bakar
                                                                       
    Selamat mencuba, kalau tak jadi buatlah lagi.
 

1 comment: