Followers

Monday, April 30, 2012

Masakan tradisi; Singgang Haruan ( Oleh Chef Syukri )


 Salam sejahtera, N 3 kali ini memaparkan salah satu masakan tradisi orang melayu yang terkenal iaitu singgang ikan haruan, ikan haruan adalah sejenis ikan air tawar, mahal harganya sekarang. Msakan ini di sediakan oleh sahabat Chef Syukri ( kira dah otai chef nih ).. Masakan ini bagus untuk kesihatan kita.
 Mari kita jenguk-jenguk resepi;

   Resepi;
  Ikan haruan---------- 500gm
  Air------------------- 500 ml
  Bawang merah-------- 50gm }
  Serai------------------ 3 batang }Ketuk
  Halia------------------- 20 gm }
  Bawang putih---------- 10 gm } Bahan untuk di mesin
  Cili merah------------- 50 gm }
  Kunyit hidup---------- 20 gm }
  Lada hitam------------ 10 gm }
  Asam keping----------  2 keping
  Nenas---------------- 1/4 biji-- potong nipis
  Garam---------------- 30gm
  Gula----------------- 20 gm
 
  Cara membuat;
 Perap ikan dengan air asam selama 20 minit
 Selepas perap ikan, cuci ikan dan gaul ikan dengan 1/2 bahagian bahan di mesin tadi.
 Bungkus ikan dengan daun pisang dan bakar sehingga separuh masak.
 Rebus air bersama 1/2 lagi bahagian yang di mesin tadi sehingga mendidih.
 masukkan buah nenas.
 Masukkan ikan kedalam air rebusan tadi sehingga masak
 Masukkan bahan perasa, lebih kepada rasa masam..
 Selamat mencuba
   
 

1 comment:

  1. wow nice boleh di cuba nih,napaknye lezat tuh,,,

    ReplyDelete