Followers

Friday, January 6, 2012

PEKERJAAN DAN PEMBELAJARAN, SEIRING JALAN, TAPI MEMENATKAN

 
1986

to

200?                                                                                  UTM 2011

                                                                                                                                                                                                        

Chef kerjaya diiktiraf profesional                                                                
                                                                                                                                                                                
   JIKA dulu, masyarakat mempunyai stigma negatif terhadap kerjaya chef yang diceburi lelaki, kini tidak lagi malah semakin    mendapat pengiktirafan hingga peringkat antarabangsa.Tanpa mengira gender, kalangan chef sentiasa bekerjasama menyediakan dan menyajikan pelbagai juadah enak hingga menyebabkan masyarakat sukar menolak kepentingan kerjaya ini. Chef adalah nama profesional bagi mereka yang terbabit dalam industri penyediaan makanan. Ia menunjukkan kerjaya ini diiktiraf profesional. Dikatakan perkataan chef berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud ketua atau pemimpin di dapur dan mula diguna pakai sejak abad ke-19.Ada pelbagai kategori chef dan kebanyakan dilabelkan mengikut sistem tertentu yang dikenali sebagai Brigade de cuisine. Bagaimanapun, tidak semua menggunakan perkataan chef bagi menggambarkan seseorang itu menjadi ketua tukang masak atau berkhidmat sebagai chef kerana bergantung pada sesuatu organisasi.

Beberapa kategori chef yang popular dan sering diguna pakai ialah:

Chef de Cuisine, bermaksud ketua tukang masak ataupun chef eksekutif. Digunakan secara meluas di Perancis dan negara Eropah terutama bagi menyediakan perkhidmatan golongan bangsawan dan kaya.

Sous chef , lebih dikenali sebagai pembantu kepada Chef de Cuisine. Bertanggungjawab menyediakan segala keperluan mahupun mengambil alih tugas Chef de Cuisine sekiranya tiada. Khidmat Sous chef biasanya tidak diperlukan oleh organisasi kecil namun bagi organisasi besar perlu mempunyai beberapa Sous chef bagi melancarkan operasi.

Chef de Partie juga dikenali sebagai chef stesen yang bertanggungjawab menjaga beberapa bahagian di dapur. Bagi organisasi besar seperti hotel, chef ini akan dibantu oleh beberapa tukang masak. Tanggungjawabnya dibahagikan mengikut hierarki.

Pastry Chef bertanggungjawab menyediakan manisan seperti kek, pastri dan pencuci mulut. Dalam organisasi besar, chef ini akan mempunyai dapur atau kedai berasingan meskipun bekerja di bawah satu bumbung dengan chef lain.

Kini banyak institusi awam atau swasta memberi peluang sesiapa berminat mengikuti pelbagai kursus penyediaan makanan. Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Management Science University (MSU) adalah antara institusi terkenal yang mempunyai prasarana lengkap bagi melahirkan chef terbaik pada masa depan.

No comments:

Post a Comment