Followers

Thursday, August 18, 2011

PEANUT BUTTER LEMON CHICKEN BERMADU ?


     Salam ukhuwah semuanya, tup-tup dah hari jumaat, N3 kali ini saya bawakan special punya masakan lemon chicken peanut butter, sebenarnya masakan ini menjadi juadah yang popular dalam buffet ramadhan di Hotel Concord Shah Alam semasa saya bertugas di sana 1997. Resepi tu adalah dari Exec Chef saya Mr. Gerhard Albrech ( German ), dia cakap " let do something different for buka puasa ", so jadilah ayam tu. Masa tu saya guna spring chicken ( ayam kecil 400gm>500gm ). Sekarang saya bernostalgia sedikit dengan juadah ini, masih menjadi jugak, walaupun sedikit terbakar. kah kah. Mai kita usha resepi dia.
      Resepi;
    1. Paha dan kaki ayam di buang tulang----------- 4 ketul
    2. bawang putih------------------------------------ 5 ulas} cincang halus
    3. Halia---------------------------------------------- 1 inci} cincang halus
    4. Lemon-------------------------------------------- 3 biji} perah airnya
    5. Peanut butter------------------------------------ 3 sudu makan
    6. Madu--------------------------------------------- 1 sudu makan
    7. lada hitam--------------------------------------- 1 sudu makan} mesin
    8. Garam-------------------------- secukup rasa.

    Cara membuatnya;
    1. Basuh ayam dan keringkan airnya.
    2. Campurkan bahan-bahan diatas dan gaul bersama ayam sehingga sebati, perap selama 1 jam.
    3. Susun ayam di atas loyang dan bakar, suhunya 180*, selama 20> 30 minit, tapi hati2 kerana madu akan membuatkan ayam terbakar cepat. Jauhkan sikit ayam dari bahagian atas ayam. Dah pun siap.

     Ini kuih selingan semasa berbuka, all time fevret Lepat pisang and Cucoq Kodok, homemade lagi.
    

4 comments:

  1. -wahhh...sedap2 makanan ni chef...seb baik da buka puasa...hehe

    ReplyDelete
  2. wah! pestaim dengar ada ayam letak peanut butter. mesti rasa lemak2 bau kacang tu kan? tak pernah terfikir pulak...nk buat boneless ciken tu yg tak pass lagi..potong ayam pon tak berapa nk reti lg ni. hihih...tp memang nmpk best la ayam tu..

    ReplyDelete
  3. wahhh jugak...memang nampak bes nanti saya mau cuba ye chep :D

    ReplyDelete